26 September 2013

Kawan Baru : Fruit Yogurt Maker

 kawan baru kami di rumah.. tadaa!!

fruit yogurt maker,
 
Raya lepas, mieza beli yogurt maker di groupon...
Since mieza suka makan tutti fruti, itu yang menggetek sangat jari jemari ku yang halus mulus ni klik butang 'buy!'

Then, si suami pon merajinkan diri beli buah buahan , ceh buah buahan sangat, padahal beli buah pisang jer pon, sebab buah nie kena letak di tempat freeze dulu baru lah kita boleh jadikan yogurt..

Esok nya mieza beli buah plum.. untuk buat yogurt ni , kita kena pakai buah yang lembut lembut tau contohnya macam strawberi, kiwi, kalau jambu batu tu tak boleh lah sebab dah nama pon jambu BATU kan? 

percubaan pertama guna buah pisang dengan buah plum, lagi sedap kalau buat sebijik macam kat tutti fruti, ada kacang, sos coklat, mashmellow, koko krunch, m&m, hehehehe

cara buat
keluarkan buah yang kita dah letak kat tempat frozen tadi, 
lepastu terus masukkan ke corong yogurt maker nie dan tekan!

dah siap!
paling senang abad ini, rajin dan malas jer.. sebab tak payah nak campur apa apa, cuma buah buahan jer
hehe

 
tester yogurt saya, encik suami.

20 September 2013

Hobi sekarang

kebudak budakan sudah...
before ni, buat keje sambil dengar lagu korea, sekarang dah terpengaruh dengan hi5 nie.. haha

Irfan,
makngah dah terpengaruh dengan irfan tengok hi5, camane nie??
pasni boleh lar kita tengok sesama.. hehehe

gambar print screen terus, malas nak crop bagai =P

12 September 2013

Hantaran Pernikahan

Tengok nuffnang, ramai yang search hantaran kat blog mieza tapi kesian readers sebab tak dapat hasil bila menyinggah ke sini,hahaha
Even dah setahun berlalu, meh lar mieza share sikit sikit k..
Hantaran nikah mieza bagi 100% kat kawan farrid tolong buatkan hantaran kami dua dua belah pihak, so mieza tahu tahu jer dah siap.. kekeke

Sebelah mieza bertemakan hijau dan pink, susah sangat nak cari bunga hijau, nasib baik ada jugak bunga color hijau, sebab mieza guna fresh flower tau..

Hantaran Hijau Pink

 ini ialah gambaran keseluruhan hantaran mieza kepada farrid


untuk letak cincin

a) Alquran, Sejadah, Rehal b)Sirih Junjung c) Buah Buahan di sponsor oleh Anis (x-officemate)
 
a) Set Tali Pinggang & Wallet b) Baju Kemeja c) Set Pencuci Muka

a) External Harddisk b)Sandal

a) Coklat di sponsor oleh Ayu (x-officemate) b) Kasut Kerja

Hantaran Peach
hantaran farrid kepada mieza
gambar memang 100% daripada OP, so macam tak berapa nampak sangat hiasan dan barangnya.. hee

a) Kasut b) Sirih Junjung c) Set Mekap

a) Telekung b)Coklat (last minit beli-sebab farrid lupa ada lagi dulang kosong, hehe) c) Set Mandi BodyShop
 
a) Sepasang baju b)Maskahwin & gelang c)Handbag

Ok, itu sahaja yang mieza boleh share dengan reader yang bakal bertunang or berkahwin =) kot kot tak tau nak bagi apa kan, tak tahu nak hias macammana... =)
Lepas nie kalau ada reader masuk, tak ada lah hampa sangat.. hihi
Harap dapat membantu =)

11 September 2013

Makan Makan Di Ikan Bakar Umbai, Melaka

Sesungguhnya...
ya ampuunnn... gambar lama nie, masa bulan puasa yang lepas, busy dengan beraya, tak sempat nak share dengan korang, apa yang mieza makan besar sempena 11bulan..

sebab buka puasa kan, so makan kat ikan bakar lah senang,
order makanan yang biasa kami order..

nasi lemak ofcourse!
mieza suka makan ikan bakar dengan nasi lemak.. baru lah nama makan ikan bakar =P mengancam!
lauk lauk lain.

ikan siakap bakar, ikan siakap ni kami beli sekor, then belah dua, sebelah bakar dan sebelah lagi masak tiga rasa.

ikan bakar makan dengan sambal kicap memang feveret mieza, bukan mieza je kot, rasanya sambal kicap & ikan bakar tak boleh dipisahkan, bagai aur dengan tebing.. eceh.!

ini menu wajib mieza kalau makan kat ikan bakar, udang masak mentega!

ini pulak menu wajib hubby, sotong goreng tepung!

alaa.. terliur pulak tengok gambar ini...mihmih~

mieza tengok pon dah terliur, kalau awak awak terliur.. mieza minta maaf yer, malam kang jom serbu restoran ikan bakar tapi bukan mieza bayar lah.. hihi

Restorann : Kedai no3, restoran ikan bakar terapung, umbai Melaka..
Total Lost : RM50 ++ kot.. lupa *faktor usia

Ada banyak jer kedai kat situ tapi mieza dah tertarik dengan kedai no3.. terbaik!


Rindu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

06 September 2013

Hari ini...

Alhamdulillah,
semalam mak mertua mieza dah discharge,
ketumbuhan pon dah berjaya dikeluarkan..
semoga luka pembedahan pada badan mak cepat pulih dan semakin sihat seperti dulu...
Aminn....

Hari ni juga hubby pergi Kelantan untuk sukan kewangan..
Mieza single weekend nie tapi mieza tetap balik Melaka =)
Kang kalau duduk sini kang rindu pulak kat dia. hehe
baik balik Melaka, boleh buat buat sibuk sikit... hee =P

Bie,
Behave tau duduk sana.
Good luck!
Jangan lupa syg!
Ole Ole syg pon jgn lupa,,, =P

Dasar wife, asik mintaq ole ole jer...

03 September 2013

Tolong doakan...

Salam,
Hari ni mak mertua Mieza akan menjalani pembedahan di Hospital Selayang.
Semoga pembedahan yang mak mertua Mieza akan alami hari ni akan berjalan dengan lancar..
Amin...
Semoga selepas ini mak mertua Mieza semakin sihat seadanya..
Aminn..

Awak awak pon tolong doakan juga k =)
Terima kasih...