Dengan perasaan gembira, daripada Putrajaya pulang ke Melaka,
dengan tak semenenya, kereta bergoyang bila tekan minyak, bukan ada yang goyangkan pon, cuma terasa macam tayar nak tercabut..
Perempuan kan emosi terlebih, tayar bergegar sikit, fikiran dah jauh terbayang, kalau tayar tercabut ni, bawak kereta tersasar, langgar divider.. hahaha sampai macam tu sekali otak nie berfikir.
Berhenti kat tepi highway nilai, turun tengok tayar pancit ke tayar bengkak ker, tak ada pulak... makin bawak kereta tue, makin worst pulak dia, over gegar dia even bawak 40km/j..
Kol hubby, dia suh bawak slow slow... hahaha dah memang slow pon kalau bawak 40km/j di highway.. Kol ayah, ayah suh bawak slow slow berhenti kat RnR Seremban, g minum.. cool betul ayah nie...
Sampai RnR, berhenti kereta terus masuk KFC order burger + cheezy wedges nie, tapi burger ni tak sesedap seperti yang digembar gemburkan.. sejuk~ ke sebab hati tak tentu arah kerana cik kancil saya tak sihat..
dah lepas makan, duk je lah dalam KFC tu, tengok tengok gelagat orang sana sini.. macam macam ragam
akhirnya, sampai jugak hero hero saya.. ayah bukak tayar, ketat kan apa yang patut, ntah mieza pon tak tahu.. dasar perempuan ini~ apa pon tak tahu..kahkah
on the way balik melaka, ayah drive kereta, gegaran masih terasa cuma tak terlampau kuat dan perjalanan hanya 60km/j..
hantar cik kancil ke hospital, lega dia dah sihat, masih boleh berkhidmat bersama mieza..
mieza pernah terdengar orang bagitahu yang sebahagian rezeki(gaji) yang kita dapat setiap bulan adalah milik orang lain..So, marilah bersedekah,,eh.. tetibe =P
terima kasih hero hero saya... sayang awak berdua ketat ketat!
No comments:
Post a Comment