28 June 2013

Lunch Date

lunch date... tetiba jer semalam Sarah ajak dating masa lunch, Mieza pon ok lah, dah lama tak lepak kan, last jumpa pon masa makan burger bakar abang burn, itu pon nadia tak ada, yuyu ada...

Lunch tadi pulak, nadia ada, yuyu lak tak ada... tak pernah cukup corum, xpe... LINE kan ada, semua dihujung jari, duk jeles jeles guna sticker baru.. haha

Since hari ni hari jumaat kan, rehat pon lama, syok lah keluar lunch, makan kat Padi House Cyberjaya....

 
 Sarah, Nadia dan saya 

dan mieza telah melanggar pantang dengan meng'order' ais, kahkah salahkan ketiadaan air di pantri yer, buat mieza kehausan macam puasa, seharian tak minum air kosong... Dehydration.. mencik!
Lagipon bebudak ni syok pulak order jus kan, mieza pon fresh orange lah..

Syok lah jumpa awak berdua, gosip gosip paling syok sekali...nanti kita gosip gosip lagi k...
Alamak,,,  dah pukul 5, nak balik Melaka... bye~
kita tunggu serprise apa kat rumah malam ni.. tak sabar~

13 June 2013

Terima kasih awak...

tak ada angin tak ada ribut, tetiba ajak pergi kedai handphone nak beli handphone baru katanya, nak trade in handphone galaxy W shaye.. sedih~

tapi digantikan dengan handphone baru, duk tanya mieza nak S3 ke grand,
alar time tu jugak nak fikir memang tak fikir pon, nak buat research pon dah tak sempat.. *siap buat research kau.. haha
orang nak belikan, kita amik je lah mana yang dia belikan, so grand lah pilihan hubby..
mieza terima dengan hati yang ikhlas =P

mieza : kenapa bie belikan syg handphone?
farrid : ini hadiah birthday
mieza : birthday ada lagi 2bulan, tapi sekarang dah dapat hadiah?
farrid : aah

hadiah birthday katanya? padahal birthday mieza 2bulan lagi.. lama lagi woo..
dalam diam katanya nak tebus balik sebab tak dapat nak bercuti ke Langkawi, suppose kitorang pergi lusa tapi sebab hubby tak boleh cuti next week atas sebab kerja, kita cancel je lah pergi langkawi, dan ticket  flight tu burn jer, nasib baik murah kalau lah dah book ticket pergi korea ke apa meroyan jugak lah ahkak.. =p

whatever pon, terima kasih bie even syg tak minta pon nak beli handphone baru, tak terfikir pon nak tukar handphone baru tapi bie tetap belikan untuk syg..
terima kasih tak terhingga, semoga pernikahan kita sentiasa bahagia dan diberkati olehNya..
Amin...

11 June 2013

Roti nan dan ayam tandori Kota Laksamana, Melaka

 
roti nan dan ayam tandori kota laksamana, melaka memang terbaik lah, roti dia gebu, ayam dia pon menarik, sedap!

memang dah lama hubby ajak pergi makan sini tapi tak terpergi pergi sebab weekend kami adalah sangat sibuk dengan wedding sampai terasa tak ada masa untuk kami berdua.. ceehhh~

salah time pulak kitorang datang makan sebab ramai sangat orang especially foreigner, tu bukti kat belakang mieza tue =)

 kalau dulu mieza bukanlah penggemar makan mamak, ini semua salah orang dalam gambar di atas, dia yang ajak mieza makan roti nan kat sini, sedap katanya tapi memang sedap pon, boleh lar makan lagi lain kali =)

10 June 2013

Thank you Nuffnang..

aish.. patut lah minggu lepas tapak tangan kanan mieza ni terasa gatal semacam jer...
rupanya cek nuffnang dah sampai kat Melaka.. yeay!

Alhamdulillah semoga semakin murah rezeki ku yang engkau berikan Ya Allah...

Bila dah dapat cek ni, semakin semangat lah mieza nak berblogging... semoga mieza akan menjadi semakin rajin lepas nie.. Aminn...

07 June 2013

The Chronology

tetiba semalam datang aura rajin nak buat benda ni, memang lama dah nak buat tapi tak buat buat jugak, tinggal nak buat header jer yang masih belum ada idea lagi... tunggu lah kot kot termimpi malam kang...

bersungguh cari gambar tahun 2008, ini lah hasilnya...
kalau korang baca blog kisah cinta saya mungkin korang perasan, ada satu gambar baju purple on that day which is 16 August 2008 tapi gambar tue sangat lah kabur, mencik! nasib baik ada gambar baju cekelat nie, nampak lah gambar lama, tue tengok rambut farrid tue, sikat ke depan, mieza pon pakai bawal putih jer..

gambar di bawah pula ialah gambar pre wedding, tengok gambar ni macam sesuai jer untuk confession tau, ok lah mieza grab gambar nie, on that day he proposed me memang tak ada gambar pon tapi suasana masa tue sangat terharu, sampai dua dua nangis.. eh, kisah tu kita cerita nanti lah..

gambar ini memang gambar tunang lah, dah banyak kali show off kat korang kot, tak payah lar nak cerita sangat kan

gambar masa nikah

 gambar outdoor reception

gambar outdoor bertandang



06 June 2013

mieza & spegeti

Semalam member mieza aka kakngah tikah, datang putrajaya nak lepak lepak tp mieza suruh dia tidur rumah mieza, hehehe alang alang hari ni dia keje petang kan.. So apa kata marilah ke rumah dan paksa dia tengok sekali running man.. Hahaha

Malam tu, kitorang decide nak makan kat chop and stick serdang... Kalau ada kawan jer mieza akan keluar malam, kalau tidak memang terperuk di rumah sajork..

Thanks kakngah sebab sudi datang rumah yang tidak seberapa itu dan tidak mempunyai makanan.. Hahaa malu betul bawak tetamu datang rumah tapi tak ada makanan kunyah kunyah kat rumah.. Hehehe ate, memang rumah tempat tidur jer.. Hehehe

ok, nak cerita pasal spegeti, mieza memang peminat tegar spegeti, kalau buat spegeti sendiri tu, memang mieza sorang pon boleh habiskan,, hahahaha dasar kuat makan..
tapi semalam order spegeti seafood, gatal sangat nak try spegeti lain dan rasa dia , so so je lah, rasa pure tomato tue, masam sangat.. hee

kesimpulan nya, meatball spegeti lagi sedap daripada seafood spegeti ni..
 itu jer nak cerita =P

05 June 2013

Happy breakfast uolss!!

This week tukar angin... Saje breakfast coco crunch + susu..
Tp susu ttp breakfast mieza setiap pagi.. Hehehe
Jangan skip breakfast tau..sebab breakfast adalah sangat penting..

Published with Blogger-droid v2.0.10

04 June 2013

Sayang Hero Saya

Dengan perasaan gembira, daripada Putrajaya pulang ke Melaka,
dengan tak semenenya, kereta bergoyang bila tekan minyak, bukan ada yang goyangkan pon, cuma terasa macam tayar nak tercabut..

Perempuan kan emosi terlebih, tayar bergegar sikit, fikiran dah jauh terbayang, kalau tayar tercabut ni, bawak kereta tersasar, langgar divider.. hahaha sampai macam tu sekali otak nie berfikir.

Berhenti kat tepi highway nilai, turun tengok tayar pancit ke tayar bengkak ker, tak ada pulak... makin bawak kereta tue, makin worst pulak dia, over gegar dia even bawak 40km/j..

Kol hubby, dia suh bawak slow slow... hahaha dah memang slow pon kalau bawak 40km/j di highway.. Kol ayah, ayah suh bawak slow slow berhenti kat RnR Seremban, g minum.. cool betul ayah nie...

Sampai  RnR, berhenti kereta terus masuk KFC order burger + cheezy wedges nie, tapi burger ni tak sesedap seperti yang digembar gemburkan.. sejuk~ ke sebab hati tak tentu arah kerana cik kancil saya tak sihat..

 
dah lepas makan, duk je lah dalam KFC tu, tengok tengok gelagat orang sana sini.. macam macam ragam

akhirnya, sampai jugak hero hero saya.. ayah bukak tayar, ketat kan apa yang patut, ntah mieza pon tak tahu.. dasar perempuan ini~ apa pon tak tahu..kahkah
 on the way balik melaka, ayah drive kereta, gegaran masih terasa cuma tak terlampau kuat dan perjalanan hanya 60km/j..

hantar cik kancil ke hospital, lega dia dah sihat, masih boleh berkhidmat bersama mieza.. 
mieza pernah terdengar orang bagitahu yang sebahagian rezeki(gaji) yang kita dapat setiap bulan adalah milik orang lain..So, marilah bersedekah,,eh.. tetibe =P 

terima kasih hero hero saya... sayang awak berdua ketat ketat!

03 June 2013

Makan Makan di Kenny Rogers, Mahkota Parade, Melaka


poyos jer tengok menu, padahal makan kenny rogers guna groupon jer pon, cuma pilih side dishes & air jer

once a month on end of month =)
makan makan besar di kenny rogers, bagi orang lain mungkin kenny rogers ialah makanan harian tapi bagi kami, makan kenny rogers adalah sangat bermakna & kalau boleh tak nak makan selalu kang makin menjadi lak mieza ni, sket sket kenny rogers jer kang =P

 
 dah jadi monthly event kitorang, makan besar di hujung bulan =)
konon macam celebrate ulang bulan lah, hihi

guna groupon RM19 per pax, siapa tak nak kan.. set meal + soup + ice cream

 
kalau guna groupon jer, mestilah mieza yag belanja =P
dia harga tak penting, janji ikhlas nak belanja =) ceeehhh~
 
2 groupon : RM19 x 2 = RM38
plus
air & garlic bread : RM10
total lost = RM48

hujung bulan nie nak makan apa pulak ea.. hehe macam nak makan kat restoran korea..
any suggestion?
bulgogi brothers tu sedap tak erk, nampak kak jem makan macam sedap jer,hihi