weekend kali ni memang tak ada plan apa apa, cuma nak rehat duduk rumah je lah.. duit pon tinggal sisa sisa jer, kahkah nak kena tunggu gaji hari isnin (semalam) baru lah dapat bernafas sikit.
tapi tidak akan duduk rumah punya lah, kaki nie menggeletar sangat nak berjalan..
sabtu
pergi SOGO, plan nak minum kopitiam kat bawah tue jer, kalau naik atas confirm RM akan melayang, tak tertahan nafsu, naik jugak ke atas, Mieza dengan mak (mak mertua mieza panggil mak) pergi tempat perempuan, hubby dengan ayah pergi tempat lelaki..
tengok tempat perempuan, tertengok kasut, dari dulu memang plan nak beli kasut yang comfort yang sesuai untuk shopping/jalan jalan,tapi tak beli beli, ternampak yang murah, terus sambar..
hubby pon sambar jugak 3helai tshirt..kahkah mieza kata simpan baju tue buat baju raya, nanti raya tak payah nak beli beli sangat... tapi kita tengok lah sampai bila baju tue boleh tahan tak tersarung ke badan hubby,,
kahkah akhirnya RM100++ jugak lah total lost di Sogo, bila mengayau kat pasar malam jalan tar, dapat jugak tahan nafsu, hee fuh (-_-!)
malam pulak, ke downtown cheras, mieza tak pernah ke situ katanya, so bawak mieza, jalan jalan je lah ke sana.. sama jer semua tempat kan.
sampai rumah dalam pukul130 pagi, balik rumah layan running man dengan hubby, dalam pukul 3 pagi baru lah tidur.. dasyat~
ahad,
pergi Kenanga Warehouse, plan nak makan nasi ayam penyet jer.. hambik ko pergi sana semata mata nak makan jer, kau ado? haha
jalan jalan cuci mata, tengok tengok baju, nanti boleh lar datang lagi beli baju raya, tapi kena datang ramai sikit, baru dapat murah, kata warehouse kan..
rasanya sabtu dan ahad kaki adalah tidak berhenti bergerak, 10 000 langkah ada kot.
itu lah kisah weekend mieza di hujung hujung nak gaji, hehe
minggu ni balik melaka pulak, dan hubungan pernikahan kami hampir 7bulan.. Mieza dah plan nak makan apa on 31hb nanti =) xsabar..
No comments:
Post a Comment