31 March 2013

7months

hari ni 7bulan ;-)
semoga perkahwinan kami sentiasa bahagia sehingga ke jannah..
dan dimurahkan rezeki mieza untuk sentiasa dekat dengan sang suami..
dan dikurniakan zuriat yang comel comel..

31-08-12 ----> 31-03-13

Published with Blogger-droid v2.0.9

28 March 2013

Cincin & Rantai Tangan Pernikahan

bila mieza tengok, blog mieza top searching ialah cincin nikah pengantin lelaki, mieza pon terdetik lah nak buat satu entry tentang dia...hee

 

ini lah cincin perkahwinan yang mieza bagi kepada suami mieza, bukan harga yang dipandang janji ikhlas dihati.. ceeehhhh~~
mieza beli kat Poh Kong Sogo dan ianya ialah cincin silver.. bercinta jugak nak cari cincin lelaki silver ni, bila dah jumpa silver, design adalah so so pulak, bila design cantik, stainless steel pulak,, stress mak..

saat cincin disarungkan ke jari suami... rinduu~ eh =P

 
mieza pulak minta rantai tangan, sebab jari dah tersemat dengan cincin tunang, so nikah kita pilih rantai tangan lah.. 
mieza punya rantai tangan pulak beli kat kedai emas kat Bunga Raya, Melaka...

Bila tengok emas, baru mieza paham kenapa perempuan suka emas, sebab emas sangat cantik.. ($-$)

 
tak berapa nak nampak pulak gambar rantai tangan.. hee

26 March 2013

Kisah Weekend

weekend kali ni memang tak ada plan apa apa, cuma nak rehat duduk rumah je lah.. duit pon tinggal sisa sisa jer, kahkah nak kena tunggu gaji hari isnin (semalam) baru lah dapat bernafas sikit.
tapi tidak akan duduk rumah punya lah, kaki nie menggeletar sangat nak berjalan..

sabtu
pergi SOGO, plan nak minum kopitiam kat bawah tue jer, kalau naik atas confirm RM  akan melayang, tak tertahan nafsu, naik jugak ke atas, Mieza dengan mak (mak mertua mieza panggil mak) pergi tempat perempuan, hubby dengan ayah pergi tempat lelaki..

tengok tempat perempuan, tertengok kasut, dari dulu memang plan nak beli kasut yang comfort yang sesuai untuk shopping/jalan jalan,tapi tak beli beli, ternampak yang murah, terus sambar..

hubby pon sambar jugak 3helai tshirt..kahkah mieza kata simpan baju tue buat baju raya, nanti raya tak payah nak beli beli sangat... tapi kita tengok lah sampai bila baju tue boleh tahan tak tersarung ke badan hubby,,

kahkah akhirnya RM100++ jugak lah total lost di Sogo, bila mengayau kat pasar malam jalan tar, dapat jugak tahan nafsu, hee fuh (-_-!)

malam pulak, ke downtown cheras, mieza tak pernah ke situ katanya, so bawak mieza, jalan jalan je lah ke sana.. sama jer semua tempat kan.

sampai rumah dalam pukul130 pagi, balik rumah layan running man dengan hubby, dalam pukul 3 pagi baru lah tidur.. dasyat~

ahad,
pergi Kenanga Warehouse, plan nak makan nasi ayam penyet jer.. hambik ko pergi sana semata mata nak makan jer, kau ado? haha

jalan jalan cuci mata, tengok tengok baju, nanti boleh lar datang lagi beli baju raya, tapi kena datang ramai sikit, baru dapat murah, kata warehouse kan..

rasanya sabtu dan ahad kaki adalah tidak berhenti bergerak, 10 000 langkah ada kot.

itu lah kisah weekend mieza di hujung hujung nak gaji, hehe
minggu ni balik melaka pulak, dan hubungan pernikahan kami hampir 7bulan.. Mieza dah plan nak makan apa on 31hb nanti =)  xsabar..

25 March 2013

Outdoor Bertandang - Hijau Putih


aci tak letak gambar jer, tak payah caption, hee korang kan nak tengok gambar jer kan =P










 Habis jugak.. harap korang seronok menonton.. hihi

22 March 2013

Outdoor Photoshoot - dusty pink

ini pulak photohoot outdoor - warna dusty pink
ye lah, yang jauh jauh tu tak dapat nak tengok album gambar, mieza titipkan korang gambar ini..
Selamat melihat.. eceehh~









bersambung..

21 March 2013

Photoshoot nikah - Pink

Baru dapat gambar daripada photographer, then baru hegeh hegeh nak update kat blog, untuk tatapan semua.. ni semua gambar without editing tau!

Kita mulakan dengan gambar nikah dulu, hehe









 bersambung...

20 March 2013

Nota Cinta

Daripada tak pernah pernah dapat nota/surat cinta daripada seorang suami, Isnin hari tu, dapat jugak, siap selit kat tempat penghadang matahari lagi...
so sweet of you syg.. ini yang syg sayang kat bie sangat sangat nie..

Tulisan tak cantik katanya, sebab tulis laju laju takut kantoi.. hehe
xpe bie, tulisan tak cantik tak apa, janji penulisan tu ikhlas daripada hati bie... tapi hakikat nya tulisan bie memang lagi cantik daripada tulisan syg.. *mencik

Bie buat nota nota macam nie jer pon, hati syg dah berbunga tau...
thanks bie...love you! eh.. =P

07 March 2013

Photobook ke5 -Farish Irfan-

Photobook ke lima, bertujuan untuk hadiah kepada Irfan =) satu lagi koleksi Art of Azymemyza.
 
birthday present Irfan, dah setahun dah umur Irfan, dah berjalan dah pun, hehe
Pada yang belum tahu lagi siapa Irfan ni, dia ialah anak buah kepada hubby saya.

 
dalam photobook, banyak gambar dalam ni curik dalam facebook ummi dia + folder camera pakngah dia..

Irfan yang excited tengok gambar sendiri, excited kah? hehe

Ada satu lagi photobook belum buat, belum ada mood lagi nak buat,hehehe gambar dah ada dah =)
semua beli kat groupon, living social =P

06 March 2013

Makan Makan di Api Api Steamboat

6bulan usia perkahwinan kami, makan besar! yeay!
Kali  ni kitorang pilih nak makan steamboat & grill ala ala seoul garden..sedapnya seoul garden *tetibe

Kebetulan ada voucher groupon kan, hubby pon terus beli dan mieza pilih date yang sesuai, mcm eh, kita makan waktu nak sambut ulang bulan lah, hubby pon setuju =)

 
He cooked for me

dan gambar mieza masak tak ada, dan dan corrupt dalam gallery henfon, mencik mencik sabotage jer semua ni..

 

permulaan aktiviti memasak, siap je masak, camera dah tercampak ntah kemana, taksub sangat nak makan, ye lah lunch makan spegeti jer kat rumah, simpan perut konon konon nak makan kat sini. lepas tu kekenyangan sudaahh...muka stim macam apa.. haha 

 

 Restoran ini ok lah for everyone who want to try steamboat and grill, tapi mieza lagi suka seoul garden, sesuai lah dengan harga nya kan.. =P
Makan kat api api nie pon dah kenyang bebenor dah, hehe dapat jugak makan steamboat =) Anyone nak try, restoran nie betul betul opposite Aeon Bandaraya Melaka, kat shop lot yang baru tue.

baru nak tangkap gambar 6bulan, semua ni angkara weekend baru dapat jumpa, so dah jadi 6bulan beberapa hari..hehe

Selamat ulangbulan yang ke6 bie, 
dah 6bulan kita kahwin, baru dapat album gambar kahwin, salah eja nama pulak tue, tak paham mieza, huh!
Emieza to Amieza & Farrid to Farred, apakah?