05 February 2013

Makan Makan di Chop & Steak, Sri Kembangan

khamis lepas, 31hari bulan kan? 5 bulan usia perkahwinan kami,, Mieza request nak makan chicken chop kat situ, kira macam celebrate lah kan..

Kebetulan Jumaat (1/2/13) wilayah cuti, hubby pon automatically cuti jugak, kah kah 

Ke'khusyuk'kan memilih makanan, memula Mieza nafsu terlebih nak chicken chop + spageti, dasar perut buaya, tiba-tiba "bang, chicken chop satu!" sedih syaitan tak dapat hasut Mieza..

Mieza makan Chicken Chop
 
Mieza punya sampai paling awal, tunggu grilled chicken hubby, lama agaknya proses dia nak grill,

Hubby pulak makan Grilled Chicken
 
muka eksaited dapat grilled chicken, sebab lama kena tunggu kan.

Rupanya Restoran ini ada branch di Selayang, kat simpang nak masuk Selayang Mall, lepas ni kalau duduk Selayang, terasa nak makan western, makan kat sana je lah, dekat pon dekat =)

tapi mieza lagi suka chicken chop kat Windmill kat Melaka, itu adalah western terbaik bagi Mieza, lazat!

Mieza plan nak belanja hubby kali ni, terus hubby keluarkan duit, save duit Mieza, bulan depan belanja lagi tau bie, *bibir tersenyum lebar sambil kenyit mata

No comments:

Post a Comment