28 February 2013

Trip Kelantan #makanan

Mieza biasalah pergi sana carik makanan jer, hehe apa yang kita tak ada kat KL, kita makan kat sana...

First,
Celup Tepung.. Lokasi : Pantai Cahaya Bulan

Second,
kuih manja, terus jadik manja masa makan kuih ni, hehe.. Lokasi : beli kat Pasar Khadijah

Third,
Mee celup *mieza amik mihun celup.. Lokasi : Pasar Khadijah jugak

Fourth,
Mee celup lagi, actually nak makan nasik kerabu tapi bebudak ni nak makan mee celup, mieza terpaksa makan mi celup jugak, tapi tukar dengan kuew tiaw.. Lokasi : Pasar Khadijah lagi!

Fourth,
Telur puyuh goreng. Lokasi : Munduk

Fifth,
Aiskrim & air dalam pasu.. Lokasi : Munduk
Sixth,
 
Again! Mee celup, hahaha sementara tunggu burger bakar KB siap, makan mee celup dulu.. Lokasi : Kota Bharu
Seventh,
Burger bakar KB.. Lokasi : Kota Bharu

Dan satu hari makan 3 mee celup tanpa makan nasik pada hari tersebut, sekian!

Yang TAK dapat makan masa ke Kelantan tempoh hari ialah 
  
nasi kerabu dan

  
pulut ayam, pulut ikan 

ini sahaja yang dapat Mieza share apa yang mieza dan kawan kawan mieza makan masa trip ke Kelantan =) sebab mieza memang suka makan, hee

27 February 2013

Kek Marble Pelangi

Hahahaha gelak dulu tengok gambar kek ni, hehe
comot betul, kahkah walaupun rupa nya sebegini tapi hubby tetap kata sedap, wallah..

Masa kat rumah masa potong, tak sempat nak snap gambar, ni pon hegeh hegeh suh hubby tangkap gambar, then wasap kat Mieza, nak masuk blog punya pasal =)
Mieza bagi kat hubby kek penuh satu tupperware tu, belum sempat tengahari dah habis separuh, macammana nak bagi bekalan selama seminggu, hehehe sekejap je dah habis..

Untuk minggu depan nak buat kek apa pulak erk..

26 February 2013

Photobook ke4 -konvo diploma-

Waahh... tak sangka ini ialah photobook yang ke-empat daripada Art of AzyMeMyzA, wah dah ada nama kau... kelas... hahaha
Addicted betul lah dengan photobook nie, cuma sekarang ni busy sikit tak dapat sambung buat photobook sebab mieza dah start layan Running Man, kehkeh
Ini ialah photobook tentang kovokesyen diploma, kali ni saje try photobook jenis landscape, actually photobook landscape ialah yang paling cantik..mieza suka mieza suka sebab susah  nak dapat photobook landscape yang murah kalau guna voucher, kebetulan terjumpa kat groupon, mieza terus grab =)

21 February 2013

Pengalaman Naik Train ke Kelantan

Naik train ke Kelantan..
Bukan senang nak naik train semata mata nak cari pengalaman..

Sebab pertama nak attend wedding classmate, wedding mieza dia datang, apa lah salahnya kita pon ke sana meraikan hari bersejarah mereka, sekurang-kurang nya dapat jalan jalan sekali..

Perjalanan bermula jam 630 petang daripada rumah di Presint11, kemudian park kereta di Presint9, terus ke Putrajaya Sentral, member ofis yang hantar, cecepat jalan nak kejar ERL pukul7,, pumpam pumpam dapat lah naik ERL pukul 7, sampai KL Sentral dalam pukul 720..

Tiket train pukul830malam, saje sampai awal, senang kalau sampai awal, tak ada lah terkocoh kocoh kan, tunggu Maisarah, Yuyu dan Nadia, dalam pukul 815 baru lah diorang sampai..

Berdebor nak naik train, festaim kan..hahaha
keadaan dalam train, kitorang pilih katil atas sebab katil bawah semua dah penuh, katil atas RM48 katil bawah RM58.. untuk orang yang tinggi (168cm) macam Mieza ni kalau duduk katil atas, memang muat muat jer, kalau duduk kepala dah nak sentuh atas dah, kalau baring muat lah tak ada lah kaki tersentuh dinding tu..
Tapi kalau hubby (180cm) tak sesuai amik katil atas, kena amik katil bawah baru selesa sebab confirm sangkut kepala dia, dengan rambut pacak lagi.. eh... =P
borak borak dalam train pastu tidur, kat katil tu dah siap bantal dan selimut, kalau rasa sejuk lagi, bawak lah stoking, mieza bawak je stoking tapi tak pakai pon, hehe nyenyak jugak tidur dalam train siap berselimut (ke memang dah kuat tidur =P), ada lah bangun g kencing, g jalan jalan dari gerabak sana ke gerabak sini, tak tahu pukul berapa time tu, hahahah dalam train pon nak berjalan lagi.. hehehe pergi melawat cafe..
baru baru nak tidur tue, ada lah orang jerit jerit "mi hun goreng, teh o panas blah blah" sambil tolak troli, kot orang malas nak pergi cafe, beli je lah kat troli tue, harga makanan kat troli tu mieza tak sure, sebab tak menjengah pon,
ini gambar pagi bila bangun tidur, tidur dah cukup, kena bangun untuk breakfast, bebudak lain dah pergi minum dah masa mieza tidur, bila mieza bangun budak budak ni pulak tidur, mieza dengan kejam nya kejut diorang untuk teman mieza breakfast, hehe amik roti yuyu, makan atas katil maisarah =) perlu breakfast untuk makan vitamin C.
 
bila dah siang, ada jugak lepak lepak cafe g minum + borak borak kat sana, 
 
senarai harga makanan & minuman

gambar melepak di cafe

bila siang, orang dah ramai turun, boleh lar kitorang melepak kat katil bawah sambil menghabiskan kerepek..
 
gambar melepak di bawah

kami sampai dalam pukul1230tghri, 16jam duduk dalam train, kata orang yang dah biasa naik, selalunya dalam 12jam dah sampai, time kitorang  naik boleh lama pulak, tapi tak ada lah penat mana duduk dalam train sebab kita boleh baring, boleh berjalan tapi kalau sengsorang dalam train 16jam, boring jugak lah..

lepas ni kalau orang tanya 'ko pernah naik train yang tidur tidur tue?' boleh lar mieza jawab 'DAH!!' hahahha
lepas ni bila lagi nak naik train dengan kawan kawan kan.. kang dah ada anak, kena tunggu anak dah besar baru boleh berjalan..

19 February 2013

jaga diri bebaik mak & ayah

Baru lepas hantar mak dengan ayah mertua g umrah kat klia td.. Sedih sayu rasa tengok mak dgn ayah nak g umrah.. Tapi mieza maintain senyum, dalam hati sebak sangat.. Tak suka perasaan ni..
Semoga mak dan ayah sampai dengan selamat... Saje wish kat sini even tau mak dengan ayah tak baca blog nie.. Flight diorang pukul 10 jap lagi..seronok nya dapat g umrah, semoga ada rezeki untuk saya suatu hari nanti untuk ke sana..

Published with Blogger-droid v2.0.9

07 February 2013

Travel

Lain nya rasa travel without him.. Selalu kalau travel, hubby yang akan make sure tak ada barang tinggal, ini mieza yang kelam kabut kemas barang, ada je barang tinggal, contoh nya charger hp nokia, seluar kurus, tanpa seluar kurus, dah tak sembunyi lah segala mala mieza punya lemak.. Hehehe
Memang lah kami saling melengkapi, rindu bie...
eh, actually mieza akan ke kelantan gi wedding classmate masa degree malam ni dengan manjers gegel mieza, naik train, skang mieza dah pon ada kat kl sentral, tunggu diorang.. Mana lah diorang ni... Doakan perjalanan kami smooth k sampai ahad ni..

Bie, nanti kita naik train berdua pergi utara k.. Rindu bie..

Published with Blogger-droid v2.0.9

06 February 2013

kudapan ke kelantan


Esok, mieza nak g kelantan dengan manjer gegels naik train, hubby tinggal..
Kebetulan kat bawah td ada jual kepek kepek, best jugak kalau beli makan makan esok atas ketapi..
Mieza beli kepek pedas dengan kepek bawang.. gegels, esok kita jumpa k!
Published with Blogger-droid v2.0.9

05 February 2013

Makan Makan di Chop & Steak, Sri Kembangan

khamis lepas, 31hari bulan kan? 5 bulan usia perkahwinan kami,, Mieza request nak makan chicken chop kat situ, kira macam celebrate lah kan..

Kebetulan Jumaat (1/2/13) wilayah cuti, hubby pon automatically cuti jugak, kah kah 

Ke'khusyuk'kan memilih makanan, memula Mieza nafsu terlebih nak chicken chop + spageti, dasar perut buaya, tiba-tiba "bang, chicken chop satu!" sedih syaitan tak dapat hasut Mieza..

Mieza makan Chicken Chop
 
Mieza punya sampai paling awal, tunggu grilled chicken hubby, lama agaknya proses dia nak grill,

Hubby pulak makan Grilled Chicken
 
muka eksaited dapat grilled chicken, sebab lama kena tunggu kan.

Rupanya Restoran ini ada branch di Selayang, kat simpang nak masuk Selayang Mall, lepas ni kalau duduk Selayang, terasa nak makan western, makan kat sana je lah, dekat pon dekat =)

tapi mieza lagi suka chicken chop kat Windmill kat Melaka, itu adalah western terbaik bagi Mieza, lazat!

Mieza plan nak belanja hubby kali ni, terus hubby keluarkan duit, save duit Mieza, bulan depan belanja lagi tau bie, *bibir tersenyum lebar sambil kenyit mata

01 February 2013

5bulan

5bulan 1hari hari ni hubungan kami suami isteri :-)
semalam tak dan nak update..
31/08/12 - 31/01/13

Published with Blogger-droid v2.0.9