15 January 2013

Snickers & Mars

kadang kadang Mieza rasa dia ni sweet sangat, kadang kadang macam tak ada perasaan jer, haha *mintaq maaf ye bie.. tapi yang tak ada perasaan tu lah buat Mieza sayang kat dia, tp kalau sweet sweet romantik lagi sayang, eh...

Jumaat hari tu, balik dari Putrajaya, tak tahu kenapa masa drive tu macam penat semacam, drive pon 80km/j jer.. dalam pukul 820malam macam tu baru sampai rumah, selalunya sebelum pukul8, Mieza dah terpacak kat depan rumah.

Masuk masuk bilik jer, ada snickers kat tempat tido Mieza dengan Mars kat tempat tido Farrid, alololo so sweet lah awak ni.. Sebab Mieza suka makan snickers & hubby suka Mars sebab tak ada kacang.. Even surprise atas katil adalah coklat, saya tetap rasa yang ianya sweet. Sebab hubby susah nak buat benda benda sweet macam ni.. Bila dia buat, saya dah rasa best sangat! *tetibe bahasakan diri saya

Tengok kat atas dapur, mama ada masak sambal sotong, hubby request nak makan telur goreng kicap *nasib baik senang, goreng telur tiga biji, goreng bawang sikit, tabur atas telur tadi, kemudian letak kicap, siaappp!!

eh, sebenarnya nak cerita pasal snickers atas katil jer, dah tersambung kisah telur goreng pulak dah... biasalah nak cerita nya sikit jer, tersasar je lebih.

bye~

No comments:

Post a Comment