30 January 2013

Photobook yang ketiga - nikah-


Photobook ketiga daripada PhotobookMart, 
photobook kali nie untuk gambar gambar nikah & malam berinai yang dikutip daripada camera selain photographer, hehe
 

Kali ni nak try photobook landscape & yang ada window, bukan image wrap, cubaan yang menarik, dah addict dengan photobook.. semangat nak tangkap tangkap gambar, pastu buat photobook, mesti menarik..

padahal ada banyak lagi folder gambar yang belum diphotobook kan, masih menunggu voucher kat groupon ke, living social ke, hehehe nak yang murah jer =P

photobook ni mieza beli harga rm55, murah jer =) korang kalau nak buat jugak photobook macam nie, try lah godek godek kat groupon, living social dll

29 January 2013

Kek Coklat Moist


Kek coklat lagi minggu nie..
Tapi kali ni topping dia cair..
Tue bawak dari melaka, topping dia dh melimpah limpah..
Hope hubby syg suka ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

25 January 2013

Maulidurrasul


tahun ni kali ketiga, mieza akan hantar hubby ke Stadium Hang Tuah pada jam 730 pagi.. Yelah start berarak kat Stadium Hang Tuah pastu berakhir di Masjid AlAzim, takkan nak jalan kaki semula ke Stadium Hang Tuah lepas berarak... itu lah tugasan saya.. Hantar dan jemput simanja Mieza ni..

 
ni pagi baru sampai Stadium Hang Tuah, comel jer pakai baju kale biru

dah hantar saya balik rumah semula, dalam pukul1030 nanti jemput hubby kat Masjid Alazim

 
keadaan di luar Masjid, mereka berkumpul disini dan  saya tunggu dalam kereta jer
itu dia hubby saya

 
smart, saya suka lelaki pakai baju melayu siap sampin, nampak hensem sangat..

berselipar ke office

Pagi nie pergi office dari melaka naik kereta ayah...ye lah laju sikit pemanduan and tak lah penat sgt bawak auto plus cc tinggi.. Kereta mieza manual.
So, keluar dari rumah, sarung selipar, start enjin, salam salam hubby...
Dah sampai nilai, baru teringat "kasut tak bawak!!"
berseliparlah ke office pagi ni, sampai office teringat ada kasut hitam tinggal hari.. Lega~~
Nampak nau tak ready nk g keje..maklumlah ramai yang cuti hari nie..

Published with Blogger-droid v2.0.9

23 January 2013

ole ole kerepek

Hehehe
Yeay!! hari ni mieza balik melaka.. Yahoo... Esok cuti kan., mieza pon berdesup balik melaka...
Excited nak tengok atas katil , ada serprise apa kali ni...
Eh eh ada kopok lah.. Kopok pahit, alar kopok belinjar tu.. Mieza suka tau kopok tue.. Serprise lah sangat kan, padahal memang dah kirim nak kopok tu.. Hehe
Thx en.hubby

Published with Blogger-droid v2.0.9

20 January 2013

Berjauhan..

Saya dan hubby weekend husband & wife.. So, memang kami akan berjumpa pd weekend lah.. Paling lama kami akan berpisah 5hari 4 malam yakni weekdays lah..
Tp ini lah kali pertama kami tak dapat nak berjumpa pada weekend sebab hubby kena pergi johor atas urusan office..
Rindu sangat rasa hati ni..
Mula ingatkan boleh lar survive bila xjumpa weekend tapi tak dapat.. Buat apa pon tak kena.. Sebab saya dah mula rindukan hubby..rindu sangat sampai air mata dah mula mengalir malam malam mcm ni.. Baru saya tahu lainnya cinta halal.. Penuh dengan keindahan.. Segalanya halal jika teringat kan hubby.
Saya harap dia ingat dan rindu saya sepanjang dia di johor. Dan saya harap, saya akan menjadi semakin kuat & tabah.. Aminn..

Published with Blogger-droid v2.0.9

15 January 2013

Snickers & Mars

kadang kadang Mieza rasa dia ni sweet sangat, kadang kadang macam tak ada perasaan jer, haha *mintaq maaf ye bie.. tapi yang tak ada perasaan tu lah buat Mieza sayang kat dia, tp kalau sweet sweet romantik lagi sayang, eh...

Jumaat hari tu, balik dari Putrajaya, tak tahu kenapa masa drive tu macam penat semacam, drive pon 80km/j jer.. dalam pukul 820malam macam tu baru sampai rumah, selalunya sebelum pukul8, Mieza dah terpacak kat depan rumah.

Masuk masuk bilik jer, ada snickers kat tempat tido Mieza dengan Mars kat tempat tido Farrid, alololo so sweet lah awak ni.. Sebab Mieza suka makan snickers & hubby suka Mars sebab tak ada kacang.. Even surprise atas katil adalah coklat, saya tetap rasa yang ianya sweet. Sebab hubby susah nak buat benda benda sweet macam ni.. Bila dia buat, saya dah rasa best sangat! *tetibe bahasakan diri saya

Tengok kat atas dapur, mama ada masak sambal sotong, hubby request nak makan telur goreng kicap *nasib baik senang, goreng telur tiga biji, goreng bawang sikit, tabur atas telur tadi, kemudian letak kicap, siaappp!!

eh, sebenarnya nak cerita pasal snickers atas katil jer, dah tersambung kisah telur goreng pulak dah... biasalah nak cerita nya sikit jer, tersasar je lebih.

bye~

14 January 2013

kek coklat untuk dia

Minggu ni buatkan kek coklat untuk hubby.. Hope hubby suka, sebab last minit nak buat kek coklat ni.. ingat xnak buat, tetibe cam ada masa lebih sikit.. Jom lah buat kek coklat, sementara hubby tengok bola..
Itu cari resepi yang senang senang jer..
Sap sap siap dah... ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

04 January 2013

Makan makan di Ikan Bakar Umbai, Melaka

Since 31hb yang lepas, ulang bulan kami yang 4 bulan, saje je lah makan sedap sedap sikit, makan ikan bakar.. sedap nya ikan bakar, campur pulak dengan sotong goreng tepung...meleleh~
bila duk pilih pilih ikan kat sini teringat masa mula mula kami makan kat ikan bakar ni =) farrid amik sotong 2ekor jer nak buat goreng tepung untuk kami 2orang, hahaha mana cukup weih...

menu pilihan kami macam biasa lah,
 
ikan jenahak bakar
 
 
ikan jenahak masak 3rasa

 
udang masak mentega *feveret mieza ni 

 
sotong goreng tepung

dan lala masak lada *ini feveret farrid

 
muka gembira dapat makan ikan bakar

 
muka gembira kena belanja isteri manja dia makan malam kat ikan bakar, hee
thx bie, bulan depan belanja lagi ea?
nak makan apa pulak yeee

02 January 2013

Cheese Tart Blueberry



Minggu ni encik hubby request nak makan cheese tart.

Corak corak tu, dia lah yang buat, huhu

Pembukaan Tahun Baru

Cuti tahun baru kami hanya menghabiskan masa dengan aktiviti bersama di rumah.. Sebab semalam cuti, saja-saja lah nak masak special special untuk encik hubby saya..

Mieza masak nasi ayam, kali ni masak nasi ayam seronok sangat sebab dibantu & dileter oleh encik hubby, hehehe gurau manja... rindu nya moment tue.. sebab hari ni dah kena berpisah 2 malam.. sad..

 
cinta hati saya

 
ayam untuk nasi ayam, Mieza memang suka makan nasi ayam, then ayam dia hitam hitam, lagi hitam lagi sedap.. hahaha
 
kentang oleh encik hubby, kentang tu Farrid yang kupas & potong.. "air tangan bie" katanya

 
sambal nasi ayam

 
cendawan goreng demanded by him 

sebelah petang pulak buat cheese tart, ini pon demanded by him.. Rasa buat cheese tart sekejap jer sebab encik hubby ada tolong =)

sayang dia..

Entry pertama di tahun 2013 ialah berkenaan makanan.. =P