Januari,
Setelah 4 tahun guna handphone yang sama, akhirnya telah pon bertukar kepada smartphone, Samsung Galaxy W menggunakan gaji pertama bekerja di office lama.
Februari,
Dapat jugak beli oven baru setelah berjeman nak beli, hehe Mieza beli oven guna duit cabutan bertuah masa Annual Dinner office lama.
Mac, April, Mei, Jun, Julai
Busy membuat persiapan perkahwinan Mieza & Farrid
Ogos
Bulan Ogos ialah bulan kesukaan Mieza dimana pelbagai perkara yang terjadi pada bulan Ogos.. Dan bulan Ogos juga Mieza telah diijabkabulkan bersama pilihan hati Mieza, Encik Ahmad Farrid, dengan sekali lafaz, Mieza sah menjadi isteri Ahmad Farrid.
Bulan Ogos juga Mieza membeli harta baru milik Mieza sendiri, Motorsikal Honda Dash bernombor plat MCF 5**5... MCF yang bermaksud 'Mieza Cinta Farrid' kalau ikut wishlist tahun lepas, no plat ini untuk kereta Saga FLX Executive Putih.. tapi belum ada rezeki untuk memiliki kereta, beli motor je lah, sebab Mieza memang nak sangat no plat ni =)
Mieza pon dah tender resign letter masa bulan Ogos sebab dapat offer keje baru di Putrajaya.
September
Mieza telah memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri eventhough kami weekend husband & wife, itu pon dah rasa cukup bahagia bagi Mieza, Allah masih bagi Mieza peluang untuk menjalankan tanggung jawab sebagai isteri walaupun pada hujung minggu... Alhamdulillah...
Mieza telah mulakan kerja di tempat baru di Putrajaya dan Mieza masih lagi menetap di rumah lama.
Dapat jugak bercuti berdua jauh daripada orang lain walaupun pergi Kuantan.
Rezeki melimpah ruah bila dapat lucky draw daripada Mudah.my , got voucher aeon RM250.
Oktober
Pertama kali menyambut Aidiladha bersama suami tersayang, pertama kali sambut Aidiladha di rumah nenek Farrid. Pengalaman yang berlainan daripada sebelumnya.
Disember
Bercuti bersama suami tersayang ke Terengganu.
Ada juga wishlist yang tercapai tahun ini, & yang belum tercapai lagi, akan di carryforward untuk wishlist tahun depan =)
No comments:
Post a Comment