31 December 2012

4 bulan..

4 bulan usia perkahwinan kami..
31/08/2012-31/12/2012
Mieza bahagia dengan kehidupan mieza sekarang... Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rentetan Tahun 2012

Januari, 
Setelah 4 tahun guna handphone yang sama, akhirnya telah pon bertukar kepada smartphone, Samsung Galaxy W menggunakan gaji pertama bekerja di office lama.

Februari, 
Dapat jugak beli oven baru setelah berjeman nak beli, hehe Mieza beli oven guna duit cabutan bertuah masa Annual Dinner office lama.

Mac, April, Mei, Jun, Julai
Busy membuat persiapan perkahwinan Mieza & Farrid

Ogos
Bulan Ogos ialah bulan kesukaan Mieza dimana pelbagai perkara yang terjadi pada bulan Ogos.. Dan bulan Ogos juga Mieza telah diijabkabulkan bersama pilihan hati Mieza, Encik Ahmad Farrid, dengan sekali lafaz, Mieza sah menjadi isteri Ahmad Farrid.

Bulan Ogos juga Mieza membeli harta baru milik Mieza sendiri, Motorsikal Honda Dash bernombor plat MCF 5**5... MCF yang bermaksud 'Mieza Cinta Farrid' kalau ikut wishlist tahun lepas, no plat ini untuk kereta Saga FLX Executive Putih.. tapi belum ada rezeki untuk memiliki kereta, beli motor je lah, sebab Mieza memang nak sangat no plat ni =)

Mieza pon dah tender resign letter masa bulan Ogos sebab dapat offer keje baru di Putrajaya.

September
Mieza telah memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri eventhough kami weekend husband & wife, itu pon dah rasa cukup bahagia bagi Mieza, Allah masih bagi Mieza peluang untuk menjalankan tanggung jawab sebagai isteri walaupun pada hujung minggu... Alhamdulillah...

Mieza telah mulakan kerja di tempat baru di Putrajaya dan Mieza masih lagi menetap di rumah lama.
Dapat jugak bercuti berdua jauh daripada orang lain walaupun pergi Kuantan.

Rezeki melimpah ruah bila dapat lucky draw daripada  Mudah.my , got voucher aeon RM250.

Oktober
Pertama kali menyambut Aidiladha bersama suami tersayang, pertama kali sambut Aidiladha di rumah nenek Farrid. Pengalaman yang berlainan daripada sebelumnya.

Disember
Bercuti bersama suami tersayang ke Terengganu.

Ada juga wishlist yang tercapai tahun ini, & yang belum tercapai lagi, akan di carryforward untuk wishlist tahun depan =)


Keropok Losong & Nasi Kukus

Plan hari ketiga nak jalan jalan dalam Taman Tamadun Islam, Muzium etc tapi macam biasa keadaan cuaca tidak mengizinkan... Mengikut plan jugak, malam ketiga kami nak tidur Cherating means Selasa pagi baru balik KL, sekali lagi masalah cuaca, kami terus balik KL je lah.. itu rupanya petanda agoda tak bagi book hotel kat Cherating hari tu.. kalau dah book, nak tak nak kena tidur situ jugak kan..

Sebelum balik, singgah Kampung Losong, yang ini pon Mieza dengan Farrid tak searching, mana yang ramai orang kami terus stop. kitorang masuk jer, terus kosong kedai tu.. haha

kami borong banyak jugak kopok losong... kat semua tempat lah kitorang borong,,

dah beli beli,
terus ke Dungun, makan nasik kukus sebab tak dapat hari tu kan..
Dari dulu lagi teringin betul nak makan nasik kukus kat Dungun..

 
muka gembira dapat makan nasi kukus ayam berempah kat dungun

 
Dan Mieza ajar Farrid makan nasi kukus sedap, respond Farrid "sedap, ayam pon besar. RM5 jer untuk nasi kukus + air teh o ais"

 
jumlah perjalanan kami.. KL-Terengganu-KL 925.5km

selesai sudah holiday kedua kami suami isteri, happy + fun bercuti di terengganu berdua,
Thanks to Mr. hubby sebab bawak Mieza jalan jalan..Nanti kita g jenjalan lagi ea bie.. kita g tempat lain pulak...Sayang bie lebey lahh

Sekitar Ri-Yaz Heritage & Pasar Payang

Keesokannya, 

Alhamdulillah, hujan tak turun dengan lebat, boleh lar kami berjalan sekitar Ri-Yaz Heritage,

bilik kami tingkat atas
 
Before tu kami breakfast, breakfast dia boleh tahan sedap jugak lah.. selalu breakfast kat hotel ada nasi lemak, bila duduk terengganu, breakfast adalah nasi kerabu & nasi dagang..

Mieza took nasi dagang while Farrid took nasi kerabu..  dapat jugak rasa nasi kerabu & nasi dagang kat Ri-Yaz nie.. tak yah lah nak cari kat kedai makan bila keluar makan nanti kan...

 nasi kerabu for him

 nasi dagang for me

Berjalan di sekitar Ri-Yaz Heritage, tempat yang besar & menarik, memang sesuai untuk honeymoon.. ini lah gambar sekitar Ri-Yaz Heritage, ini pon kitorang tak jalan habis sebab dah tak sabar nak pergi mandi pool...




 
bila sampai pool, baru jer nak turun, zaasss hujan turun selebat lebatnya.. pfftttt
tak boleh mandi pool lagi..


swimming pool yang talk sempat nak terjun...
 
Tengahari,

Terus ke Pasar Payang... shopping!!
Masa dalam pasar payang, hujan siap ribut kat luar bangunan, kitorang yang kat dalam bangunan ni pon, duit keluar macam ribut..hahaha kitorang ada beli baju batik sepasang, memang berangan sangat nak beli baju batik yang sepasang tapi tak tahu lah nak pakai sama sama bila.. *sad

Lunch dalam pasar payang, Mieza makan Nasi Air, Farrid makan Nasi Campur.. Gambar nasi air takde, sebab tak sabar sabar nak makan.. hahaha tak ada lah, sebab dah ramai sangat makan kat situ sampai kongsi kongsi meja, Mieza kongsi meja dengan pakcik makcik nie, segan nak snap gambar makanan =P

Shopping sampai tak perasan yang kitorang dah berjalan lama dalam  tue.. Mieza pulak time nak berjalan lah, perut Mieza meragam, dua kali tinggal kenangan kat toilet Pasar Payang.. tak best betul!

Plan petang nak lepak pantai batu buruk sambil makan sotong celup tepung, tapi hujan lagi.. tak ada rezeki nak makan sotong celup tepung.

Malam,

Makan kat kedai mana mana jer nama dia.. hehe tak search pon mana kedai makan sedap, kebetulan farrid nak tengok bola, bila jalan jalan nampak kedai makan, terus 'jom makan sini' gitu~~

Farrid sepanjang masa, pakai cap jer, sepanjang duduk terengganu, memang tak pacak rambut langsung, Mieza pon macam tu lah, tak mekap pon.. haha seluar pon senseng sepanjang masa, selekeh nya....


sotong goreng tepung, ikan siakap stim, tomyam & kailan ikan masin
dapat jugak sotong celup tepung tapi mieza lagi suka yang kat tepi tepi pantai instead of kat kedai tomyam
Alhamdulillah, dapat jugak makan malam sambil tengok Man U main.

Malam Pertama di Terengganu & Air Buah Pior

entry kesinambungan dengan entry ini..
bercuti ke terengganu pada musim hujan adalah satu kesilapan besar bagi kami, haha sebab hujan je memanjang, dan kami more to jalan jalan cari makan jer.. hehe sebab itu jer yang berbumbung dan senang untuk berjalan sambil pegang pegang tangan.. eh..

ini pon dapat wedding present voucher bermalam di Ri-Yaz Heritage, Pulau duyong..kalau tak, memang kami tidak ke Terengganu pada musim tengkujuh, hehe

Kami sampai Ri-Yaz Heritage dalam pukul430 petang, hujan + jammed kat Kuala Terengganu.. Sampai sampai jer, Mieza kasik peluang Farrid rehat dulu, yelah drive kereta manual hampir 7 jam dengan hujan lagi.. Kesian hubby saya.. Plan nya petang tu, lepas rehat nak mandi pool.. Sekali lagi cuaca tidak mengizinkan.. hujan.. so, menghabiskan masa dalam bilik jer sambil tunggu hujan berhenti.

Bila hujan dah berhenti, laju laju Mieza dengan Farrid bersiap nak keluar pergi makan, sebab takut hujan akan turun lebat semula.. hehe kitorang searching searching papago jalan nak ke AIR BUAH PIOR...


Mieza order air buah pisang, Farrid order air buah Mangga..
Mieza macam biasa u olls, mintaq makanan yang tak ada kat Melaka/ KL..


Mieza makan laksam, Farrid makan nasi minyak.. Kalau kita jumpa nasi minyak time wedding jer, ni kat terengganu pagi petang siang malam ada jer nasi minyak..

Masa kitorang sampai kedai makan ni, tak ada orang langsung, macam was was jugak lah kan.. betul ke kedai ni kedai air buah tu.. Start je kitorang makan, berduyun duyung orang masuk, sampai penuh kedai air buah pior nie..

Pastu, kitorang pergi jalan jalan kat i-city terengganu.. hahaha tak tau lah nama tempat tu apa, nampak menarik jer kitorang stop nak jalan jalan sambil memecahkan lemak.. =P

 
baru nak jalan, baru nak tangkap gambar, zaasss hujan turun.. berlari Mieza & Farrid menuju ke kereta, memang pecah lemak betul, joging tengah tengah malam.. kahkah

28 December 2012

Holiday di Kuantan

Holiday pertama sejak kami bergelar suami isteri, 4 bulan yang lepas.. haha giler lama cerita baru nak publish, dalam percutian kali ni lebih kepada berehat sebab itu kami memilih Hotel Zenith, Kuantan. Hotel ni betul betul kat tengah bandar, nak g tengok wayang pon jalan kaki jer, seronok bukan...

Petang,

berjalan di sekitar Teluk Cempedak sambil makan tutti fruti, bukan makan cempedak.. hehe
 
tutti fruti oren mengikut tema baju, hehehehe

  
bila jalan berdua macam ni lah, ko amik gambar aku, aku amik gambar kau.. hehe pastu nak mintaq tolong orang tangkap kan gambar kami berdua dah malu malu...

  
malu malu mieza =P

 
suami isteri berbaju oren

 
malam, dinner kat tangjung lumpur.. dengar cerita ikan bakar kat situ makan sedap,tapi Mieza tetap suka lagi ikan bakar kat Melaka =)

then, lepak kat benteng
  
salah time pulak datang masa river cruise ni tutup, rabu malam kames rasanya nie..
 
dah tutup apa lagi... tangkap tangkap gambar je laaahhh....

kisah percutian kami pertama kali bergelar suami isteri, tunggu kisah percutian kedua kami di Terengganu =)

27 December 2012

Pepel di Hari Sukaneka

 Tadi tengok tengok gambar, eh.. ada gambar nie, terus laju laju upload kat blog, sebab ini semua kenangan.. sesuatu yang tidak boleh diulang kembali... ecece ayat nak best.. sebenarnya gambar ini ada kaitan dengan post ini dan post ini..
paparazi lah nie.. kalau nak tangkap gambar, tak payah lar curik curik.. malu~~

macam ni...
 
comey sikit... hehe

jom lah kita layan gambar sukaneka nie..


game untuk pasangan suami isteri.. Mieza join game ni, hehe support sukaneka.. muka bukan main takut lagi bila sambut belon air tue.. hahaha padahal air je pon.. kehkeh



 dan kami seperti biasa, kalah masa main game ni, hehe masuk sekadar untuk fun =)

kami berbaju pepel, sekian~ 
ini namanya entry asal ada.. =P

Makanan Kasih Sayang

Sejak kahwin, ini lah pertama kali mieza post makanan kasih sayang, before kahwin, sebelum pergi kerja farrid akan belikan breakfast memandangkan dulu masuk office pukul 9, so gerak dari Melaka pukul 730, so sempat lah farrid nak beli kan breakfast. dan kami berjumpa di tepi tepi jalan....

Sejak dah start keje kat tempat baru, masuk office pon pukul 8, gerak dari melaka pukul 6, memang tak sempat nak buat apa lah kan... kelaparanlah Mieza sepanjang perjalanan...

Tiba tiba semalam farrid belikan breakfast untuk isteri tersayang dia ni, banyak betul dia beli, breakfast sampai jumaat katanya... haha

Farrid runsing betul kalau isteri dia ni tak cukup makan.. alolo so sweet lah bie nie...

22 December 2012

holiday at terengganu..

Fuh!! penat betul perjalanan kali ni.. Kami gerak dr selayang pukul 9.. sampai pulau duyong, terengganu pukul 430ptg.. Memang menggila.. Jamed plus hujan selebat lebat nya...
kami stay hotel ri-yaz heritage.. Not bad hotelnya..
Lunch td ingat nak makan nasik kukus kat dungun, tutup pulak.. Xada rezeki nak makan.. Mungkin otw balik nanti ;-)
bye~

Published with Blogger-droid v2.0.9

21 December 2012

Instagram di Blog


orang lain dah ada instagram kat blog, mieza baru hegeh hegeh nak letak... hehehe
tu sebelah kanan korang tue, 

follow lah mieza, follow tau tau tau!

13 December 2012

Dinner Malam Kewangan Arabic Theme

Makan Malam Kewangan bertemakan Arab

Tak ada susah sangat nak cari baju, Mieza nie bukan pernah pon pakai jubah, pinjam mama punya jubah, shawl pon pinjam shawl mama.. hehehe
bab hubby, mencari jugak tarbus tapi non ado.. itu lah pakai serban je lah.. itu pon terjumpa kedai arab kat PD, terus beli.. asal boleehh jer laki aku ni..
 
tangkap gambar style model..hehe


datang dinner nak tunggu lucky draw jer.. hadiah semua grand grand,  tv lcd, peti ais, oven, dll
mieza nak tv jer..
dan malam tu kami tak bertuah..
pulang dengan tangan kosong..
bila majlis tamat, kami tunggu sehingga jam 1130 malam dimana karaoke session end.. hubby nak 'sumbang'kan sebuah lagu..hehe

tu je lah cerita tentang dinner malam kewangan kami.. kalau ada kanak kanak mungkin lagi seronok =)