30 November 2012

3 bulan



gambar terbaru kami =)

Published with Blogger-droid v2.0.9

28 November 2012

Gambar Kami LIKE tertinggi

tajuk entry dah macam masuk contest 'LIKE siapa yang TERTINGGI dapat hadiah rumah' je kan..
tapi bukan lah..
bila mieza tukar profile & cover photo, Mieza tengok ramai yang LIKE gambar mieza di facebook tetapi antara dua gambar tersebut, yang mieza upload serentak, gambar yang mendapat LIKE tertinggi ialah

 
mieza letak gambar ni untuk profile photo, ramai yang LIKE berbanding gambar bff mieza untuk cover photo.. skrol ke bawah to see cover photo..
nampak nya korang memang suka tengok gambar kami suami isteri.. doakan kami bahagia till jannah ok.. 
sayang korang!

 
gambar ni cantik jugak apa, tapi korang tetap nak LIKE gambar kami suami isteri kan...comey le tew.. hew hew *bebudak sekarang type sms

Outdoor di Presint 5, Putrajaya

semua gambar gambar di ambil oleh incik hubby, Ahmad Farrid Zaabah..
Jom layan gambar.

 
aloh aloh

 
my favorite shoot... veil terbang terbang  

 
sweet! bie, hari tu kita tak de pon tangkap gambar baring baring (-_-)

 
no caption.. hehe

 
peminat hindustan

 
nice

 
comel sangat..

 
kecik je pengantin.. =P

 
pengantin macam ikan duyong.. kahkah

 
heart this very much!!

 
=)

 
penyebok @ pembantu dikala pengantin outdoor.

27 November 2012

Reception Nadia & Hafiz

Sibuk buat entry reception orang lain.. sendiri punya wedding tak buat pon lagi...mieza masih bersabar menunggu gambar daripada photographer... kang paksa paksa, tak cantik pulak gambar wedding Mieza.. dah lar Mieza memang tak cantik, hope gambar akan cantik =)

wedding reception Nadia & Al-Hafiz
13/11/2012

 
biru pink.. sweet jer colour dia =)
pelamin cantik, baju cantik, mekap cantik, pengantin cantik.. dah orang nya cantik, pakai apa pon cantik.. memang meletops!

 
maisarah, mieza & yuyu

 
sambil tunggu turn nak tangkap gambar dengan pengantin.. tengok mieza punya kain.. ombak rindu,, hee badan pon melentik.. 

bergambar dengan pengantin, Mieza tersorok di belakang, cover badan yang bam bam.. hehe

 
bergambar with our lecturer, wedding mieza hari tu pon Puan Rozma datang.. =)
bagus puan nie

 
pengantin baru 2bulan, hehe

 
bff menyempit kat pengantin yang kecik kecik, kalau korang nak tau, pengantin nie dua dua sama kecik dan sama rendah.. hehe comel jer..
 
 buat Nadia & Botak, Selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan...
Welcome to the club both of you..

 

Happy Birthday Maisarah!!

Actually happy belated birthday.. birthday sara 21.11 yang lepas... tapi baru hegeh hegeh nak hapdet..

kitorang saje kumpul depan rumah Maisarah, buat serprise kat dia..hehe
bawak dia g kedai depan, minum minum, borak borak and makan kek..

Mak maisarah marah aku sebab 'Mentang mentang laki jauh, keluar sampai malam malam'
hehehe =P

sori aunty, ini semua untuk anak aunty..
Happy birthday darl!

Ber'PopLook'


Percubaan memakai baju poplook..
festaim pakai maxi, hehe percubaan yang menarik...
nak beli lagi lah..


lambatnya gaji (-_-!)
bersabarlah wahai hati..

 
mieza yang semakin bambam, tapi incik hubby yang semakin kurus + hensem.. dia dah transfer lemak dia kat mieza ke.. hurm
bersabarlah wahai hati..

aerobik jom!! *tetibe

entry short trip akan di stori kemudian, sebab gambar ada kat dalam camera godang adik.

20 November 2012

Setahun yang lepas KAMI Bertunang

Tahun lepas bertarikh 20 November 2011, kami bertunang.. 
kehidupan kami yang baru setahun jagung ketika itu, dan sekarang kami telah pon bergelar suami isteri..
seperti tidak percaya...
sekejap sangat masa itu meninggalkan kita..

 
semoga kita tabah menempuh kehidupan yang bakal tiba pada masa depan & dikurniakan cahaya mata yang comel comel sebagai pengikat hubungan kami berdua =)

Mieza masih menunggu gambar wedding daripada photographer mieza.. tak sabar!
ini gambar daripada camera biasa


nikah

 
 bersanding

 
bertandang

oh.. berinai tak ada yer.. tunggu je lah photographer nanti =)

Album gambar

Dah dua bulan kawen pon still dapat present lg..
Thx kak asiah..
Ingat jugak kat kite..
Katanya nak sangat dtg masa wedding hari tu tapi tak ada kawan..
Takpe kak.. Janji akak doakan kami bahagia, itu dah cukup..
Thank you so much akak...
nota kaki : wedding kak asiah kena g nie sebab kak asiah ingat kat mieza..

Published with Blogger-droid v2.0.9

14 November 2012

tiru aksi

sesi tiru aksi Mieza.. Lalala

Sorang Kawan Mieza Dah Selamat Nikah


bertarikh 10.11.12
selamat dah majlis pernikahan Nadia & Al-Hafiz.. hot betul tarikh tu kan, dekat social network, orang semua sibuk update date tu..memang ramai yang kahwin date tue..

Mieza datang bangi bertemankan Ain, nak bawak Farrid, kang dia kebosanan pulak.. so, biar je lah dia bersenang lenang di rumah tanpa diganggu oleh Mieza, hehehe suke ler tew..


Mini pelamin DIY.. comel biru purple.. Masa diorang decorate ni, Mieza dah balik.. tapi bantal mieza jadi saksi, memang pelamin ni DIY.. saje nak buat cantik cantik sikit background bila sarung cincin nanti..
 

Decoration Tangga DIY.. Kami deco jer guna apa apa barang yang ada kat rumah tue, hehe tapi tak jumpa gambar tangga tu dalam phone..
Hantaran sebelah lelaki dan perempuan...
  
yang purple tu hantaran lelaki kepada perempuan, yang biru tu hantaran perempuan kepada lelaki

 
hadiah daripada kami Mieza, Maisarah & Yuyu

12 November 2012

Photobook -konvo degree & prewedding-

Akhirnya siap jugak photobook Mieza, actually dah lama dah mieza beli voucher kat living social... tapi nak buat nya hazab betul... kena tunggu betul betul ada mood dan semangat.. baru siap!

Bila dah siap, hantar kat photobook Malaysia, 3hari lepas tu, terus sampai... amboi! sekejap betul... kalau tahu dari dulu dah buat dah.. haa~ ingatkan lama lah kan masa yang diorang amik..

mieza hantar hari khamis, isnin tu dah sampai.. cepat kan.

Memang dah lama dah nak buat photobook ni,, akhirnya tercipta jugak 2 album photobook.. hehe


1-Convocation Degree
2-Pre Wedding Mieza & Farrid

Since gambar sekarang banyak yang softcopy, tu tangan nie menggeletis je nak click button buy kat living social tu.. hehe nak tunggu cuci gambar, memang tak tercuci lah gambar tu kan.. Farrid pon sejak dua menjak ni asik duk tengok coupon murah kat living social lah, groupon lah.. sikit sikit email, sikit sikit email pastu kata MENARIK!! hehe

 dalam photobook pre wedding

dalam photobook convo

nanti nak buat photobook lagi lah =)

07 November 2012

Kek Asam Manis & Agar Agar

kek minggu ini, kek asam manis.. request by him..

ada lagi satu benda yang hubby request which is agar agar laici.. hohoho tapi tang agar agar ni kami buat bersama sama...

farrid : oh, senang jer buat agar agar..
mieza : aah, senang jer, lepas ni boleh lar buat sendiri.. lalala~

respon : sedap tapi *ada tapi jugak(malas betul nak dengar tang ni) manis sikit...

takpe lah janji hubby puji sedap, hati mieza pon dah berbunga bunga dan bersemangat lagi lepas ni nak bagi husband makan.

06 November 2012

Kami berbaju batik

 
bestnya kalau keje dekat dekat, boleh pergi keje sama sama.. pakai baju sama sama.. makan sama sama.. makan pon nak bersama...

saat ni masa halfday before raya haji hari tu, mieza tak bagitahu hubby yang mieza halfday, hasratnya nak buat surprise lah kat hubby.. nasib baik sempat sebab hubby boleh keluar office at 4pm.. mieza sampai tepat tepat pukul 4, tapi dalam pukul 345 tu dah kol cakap mieza otw ke ofis dia..

terus ajak pergi minum, hubby ajak makan kat brother's john.. on je... orang belanja kan...

 
berasaskan roti

 
hot chocolate for me

laici for him

kalau ikutkan tekak nak order roti lagi.. tapi semua tu nafsu je.. nyah kau!

BMI Normal tak semestinya KURUS..

 berat terkini Mieza, masa kahwin hari tu, berat turun mendadak sehingga ke 58kg.. yang terbaru berat menjadi 63kg..baru 2bulan kahwin 5kg naik.. apakah? biasa lah hidup bahagia, nak makan sama sama, tak boleh sorang makan, sorang tak makan.. *alasan..tak boleh terima hakikat berat dah naik even BMI still under control.

sekali bila ukur lemak.. terperanjat akak, lemak penuh di bahagian tengah, korang pon tahu kan, tengah bahagian mana, tak payah lah mieza nak terangkan.

 
beratur nak ukur lemak di badan.
 
 khusyuk dengan penjelasan...

alat untuk mengukur lemak, memang berbaloi.. atleast kita tahu mana yang lebih mana yang kurang,, yang lebih macam lemak, kita kurang kan... hahaha yang kurang macam metabolisme kita lebihkan... setakat ni yang tak normal dalam badan Mieza itu je lah..

Lemak tepu berlebihan
Metabolisma Rendah.

Pendek kata, kurang bersenam lah.. dan saya telah insaf tapi hari tu je lah insafnya.. hari ni tak tahu lah..
ok bai!