05 July 2012

Pengalaman Ambil Ujian Saringan HIV

Mieza dah ambil ujian HIV last week,..
tak ada lah lama sangat pon, tak sampai 1 jam, mieza ambil kat Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Melaka, reason pergi Klinik tu berbanding Klinik lain sebab bilangan pesakit tak seramai Klinik lain.. so, kepada bakal pengantin di Melaka yang nak ambil ujian HIV, pergi lah ke sana kat area bangunan merah, kat town tu.
Datang bawak borang warna hijau yang ambil kat JAIM,, then diorang akan kasi borang untuk kita isi masa tu jugak..isi borang yang banyak banyak tu,
Ambil nombor,
Pergi makmal, ambil darah, DAH SIAP!!
sekejap je kan.. kebetulan mieza pergi memang tak ada bakal pengantin lain yang nak ambil ujian, kitorang jer yang ada..
kelepet kelepet tudung mieza, hahahah muka sakit kena inject amik darah, hahahaha nakal Farrid ni tangkap gambar pulak, "sakit pulak hati kite"

tunggu result dalam 15 minit, berbunga bunga hati bila nurse tu tanya bila majlis =)

MA : Awak, pergi farmasi ambil ubat.
Mieza : Kenapa saya je kena ambil ubat, dia (Farrid) tak kena ambil ubat?
MA : vitamin untuk perempuan...makan 3minggu sebelum majlis, kalau nak dapat anak cepat.

Fuh.. terkejut mieza, ingatkan sakit apa lah tadi kena ambil ubat, pantang sikit dengar ubat ubat nie.. hehehehe dia bagi acid folic, vitamin untuk kesuburan, mieza pulak segan dengar ayat 'kesuburan' depan Farrid. =P

kalau majlis bulan9, elok sangat lah ambil sekarang nie, tak susah and tak lama pon =)



3 comments:

  1. bagusnya nurse tuuu kita pas kawen baru tau elok mkn acid folic ni dari awal

    ReplyDelete
  2. aku x dpt pun nasihat cm2..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.

    ReplyDelete