25 July 2012

menu buka puasa hari ke 5

Alhamdulillah..

Nasi putih + lauk paprix..


Published with Blogger-droid v2.0.4

24 July 2012

lipat kad kawen

Baru je lepas lipat kad kahwin.. Macam tak percaya kad yang mieza lipat tu, kad mieza sendiri, yang tertulis nama mieza dengan encik tunang..

Dalam masa yang sama duk kumpul alamat kawan kawan jgk..

Lagi yg tak sangka, mieza duk mintaq address kt mmbr sorang ni, kami berkongsi tarikh nikah yang sama.. Kitorang bertukar address je lah.. Masing masing akan pergi ke majlis bertandang.. Hehe

Mana yg pos, mieza akan pos by next week.. Mana yang boleh by hand, mieza by hand jer.. ;-)

Kawan kawan blogger pon dijemput yer...


Published with Blogger-droid v2.0.4

20 July 2012

Ganjaran Solat Terawih

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Jom, g terawih malam ni...

Salam Ramadhan

Alhamdulillah masih berpeluang merasai nikmat Bulan Ramadhan pada tahun ini..
Semoga segala amalan saya diberkati olehNya...

Tahun ini, tahun terakhir saya berpuasa sebagai seorang bujang.. sebak rasanya... betul ke saya nak kahwin dah... nanti mesti rindu puasa zaman bujang, hehe so, tahun ni nak berpuasa puas puas sebagai orang bujang..makan maggie, bila tak ada duit nak buka puasa, buka puasa sorang sorang, sahur makan biskut dengan air milo... hehehehe

Tahun lepas, saya & Farrid menyambut Ramadhan sebagai pakwe makwe, tahun ni kami dah naik 1 stage, sambut Ramadhan as a fiancee,, hehehehe  tahun depan????

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua... Puasa tau jangan tak puasa, hehehe kalau boleh tahun ni saya nak solat terawih penuh, tapi apakan daya, saya kan seorang perempuan sejati... mesti ada tertinggal 5 ke 7 hari... tapi kalau saya tak cuti, kalau boleh saya nak solat terawih, insyaALLAH....




13 July 2012

kisah jumaat minggu lepas

Minggu lepas (jumaat malam sabtu) makan McD kt alamanda,putrajaya...

Malam ni makan apa pulak yer... Hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 July 2012

DIY bunga pahar


Bunga pahar mieza.. Cantik tak? baik korang cakap cantik, klu tak mieza merajuk.. Hehehe
 
bila dah banyak, kembang pohon pahar mieza =)

 51 hari lagi mieza akan bergelar isteri...

Published with Blogger-droid v2.0.4

08 July 2012

rezeki melimpah limpah

Hari ni.. Rezeki yang melimpah limpah sebab dipenuhi dengan makanan sampai berat badan mieza naik 2 kilo... Hikhik

Breakfast : roti kosong mamak

Lunch : nasi minyak kat wedding man

Tea time : mihun goreng kat birthday party sofeya.

Dinner : kfc..

Tinggal supper je tak ada sebab mkn kfc pon dah pukul 10 hehehe

Alhamdulillah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 July 2012

Dating Dating di nandos

Dah lama tak tangkap gambar makanan, sebab dah lama tak pergi dating dating sambil makan makan.. Hehehe selalu dating asik setelkan urusan kahwin jer..

Farrid : mlm ni kita mkan nandos nk?

mieza : boleh jugak..

Farrid : jooommm

Balik dari cyberjaya ke melaka, kami terus ke jusco melaka, layan hot peri peri..

nah gambar makanan untuk awak awak semua.. jangan terliur tau.. 

mieza yang pakai baju pepel kat depan tu.

yang puasa tu, tahan sikit, lagi berapa jam je nak buka puasa, eh, mieza yang sebenar nya yang dah terliur, ok bai~
Published with Blogger-droid v2.0.4

Pengalaman Ambil Ujian Saringan HIV

Mieza dah ambil ujian HIV last week,..
tak ada lah lama sangat pon, tak sampai 1 jam, mieza ambil kat Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Melaka, reason pergi Klinik tu berbanding Klinik lain sebab bilangan pesakit tak seramai Klinik lain.. so, kepada bakal pengantin di Melaka yang nak ambil ujian HIV, pergi lah ke sana kat area bangunan merah, kat town tu.
Datang bawak borang warna hijau yang ambil kat JAIM,, then diorang akan kasi borang untuk kita isi masa tu jugak..isi borang yang banyak banyak tu,
Ambil nombor,
Pergi makmal, ambil darah, DAH SIAP!!
sekejap je kan.. kebetulan mieza pergi memang tak ada bakal pengantin lain yang nak ambil ujian, kitorang jer yang ada..
kelepet kelepet tudung mieza, hahahah muka sakit kena inject amik darah, hahahaha nakal Farrid ni tangkap gambar pulak, "sakit pulak hati kite"

tunggu result dalam 15 minit, berbunga bunga hati bila nurse tu tanya bila majlis =)

MA : Awak, pergi farmasi ambil ubat.
Mieza : Kenapa saya je kena ambil ubat, dia (Farrid) tak kena ambil ubat?
MA : vitamin untuk perempuan...makan 3minggu sebelum majlis, kalau nak dapat anak cepat.

Fuh.. terkejut mieza, ingatkan sakit apa lah tadi kena ambil ubat, pantang sikit dengar ubat ubat nie.. hehehehe dia bagi acid folic, vitamin untuk kesuburan, mieza pulak segan dengar ayat 'kesuburan' depan Farrid. =P

kalau majlis bulan9, elok sangat lah ambil sekarang nie, tak susah and tak lama pon =)



04 July 2012

debaran kian terasa....

58 hari lagi mieza akan bergelar seorang isteri kepada seorang suami.. Auu~

borang dah pon start isi.. Photostat apa yang patut.. Mieza punya borang, paksa farrid yang tolong isi kan sebab tulisan dia CANTIK..


Published with Blogger-droid v2.0.4