31 May 2012

Perkahwinan KakNgah & Faiz

5 May 2012

one of my besfren dah pon kahwin, dan sekarang tinggal mieza dengan dayang je yang belum kahwin lagi.. kitorang datang dengan mengikut tema, mieza memang suka ikut tema wedding member nie =) mcm menyokong gitu and nampak sweet jer.. hikhik

kita layan gambar je k,,,,,

Ternganga mulut masing masing, hehe excited..

mieza paksa incik tunang pakai baju ikut tunang jugak, nasib baik dia ok..

teropong teropong,,

gossiiippppp gurl.. sape yg tangkap curik curik nih.. muka mieza bersungguh dengar zeela bercerita, hehe

haaa.. lima sekawan ada pon, yang lelaki tak termasuk lah yer.. hehe
kecik jer dunia ni bila si pengapit lelaki merangkap cousin pengantin lelaki ialah kawan sekolah mieza masa kat MRSM KK.. satu kelas lagi..

p/s : buat kakngah dan pasangan, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat & selamat menempuh ke alam yang baru.. kepada kawan kawan yang lain, lepas ni jangan lupa bulan 9 pulak yer...

30 May 2012

Pencarian Bunga Pahar

Masa cari bunga pahar ni, baru mieza tahu bezanya bunga pahar dengan bunga telur, sebab masa kitorang cari bunga pahar, tak ada jumpa yang berkenan, banyak bunga telur jer sekarang nie, mama pulak nak bunga pahar jenis yang lebat lebat macam tue... hahaha yang lebat harga pon lebat jugak lah kan..

last last kitorang decide nak diy jer bunga pahar, bunga telur baru beli nanti kat ayer hitam, nak beli kale krim =) bunga pahar warna pink dan peach, campur campur.. buat tak banyak pon, cukup lah 100 untuk dua pohon...

bab pemilihan bunga memang lama sesangat lah kan, mula mula pergi dengan ayah sekali, pastu hantar ayah balik rumah, kitorang je lah yang pergi hunting barang nak DIY bunga pahar...

Beli bunga artificial, riben, lidi, selotep, net, dawai... itu je, hasil nya kalau dah siap nanti mieza kasik publish kat korang tau..

dalam mencari barang DIY, perut memang lapar sesangat lah...

Ayam penyet lah, apa lagi.... sebab itu yang paling dekat dengan PISB Kota Cemerlang, Melaka lagipon dah pukul 5 baru nak makan tengahari, pening dah aku...


harriz yang paling banyak makan tapi tak gemuk pon.

aku yang muka macam makcik makcik dah,, hahaha sebab kelaparan mat mat...

So, bunga pahar is consider done sebab barang DIY dah beli tinggal nak men'DIY' kan sajork...


25 May 2012

saya bertudung bawal..

Dah lama dah start pakai.. Hari ni je nak publish.. Heee


Published with Blogger-droid v2.0.4

23 May 2012

Pencarian Cincin Kahwin Lelaki SETEL!!

Sebelum memulakan pencarian cincin nie, mieza ada buat beberapa research lar pasal cincin lelaki nie, yang terbaik memang platinum lah kan,, tapi harga dia pengsan makk!! macam tue mieza pon nak demand mintaq platinum.. hahahaha

Baru tahu jugak yang suasa tak boleh pakai sebab ada sedikit emas, walaupun sedikit ia tetap haram if  a man wear it. hurm~ lagi pon mieza dah tolak awal awal dah nak bagi suasa kat Farrid sebab macam uncle uncle, hehehehe

Mieza memilih silver insteed of stainless steel, sebab stainless steel macam tak sentimental sangat nak buat untuk wedding kan, lagi pon silver nie sunnah nabi kalau lelaki pakai =)
Gambar sekadar hiasan

Mula mula ingat nak g MidValley, tapi keadaan jammed yang macam hape, kitorang pergi OU jerk, boleh lar besar jugak kan, kot kot ada yang berkenan, mieza ada search kat situ ada Baunch K and JBaviour, <--- macam tu ke ejaan dia,, hehe kitorang pon pergi lah sana tapi semua Stainless Steel lah, Silver tak ada...

Kat JBaviour, memang murah bawah 100 pon ada, design ok lah, ada yang cantik cantik jugak... tapi sebab kami nak silver kan, so reject kedai tue, lepas tu kami ke Baunch K, ingat kan ada silver rupanya stainless steel jugak, ni cantik jugak, ada yang harga sampai ke 400++ sebab berlian dia sampai 3 batu =) tengok lah design apa yang korang nak, kami ada suka yang 3mata tue tapi sebab stainless steel, kami reject lah..

Lepas tu, kami ke PohKong kat OU tu jugak, sebab aku ada terbaca before ni ada jual silver kat pohkong, tapi tak ada, emas putih jer ada.

Setengah hari kat OU, satu hasil pon tak dapat, hampeh, sebesar besar OU tue, satu hasil pon tak dapat, sakit kaki lagi ada, tapi bila Farrid tanya, sakit kaki tak? mieza jawab, tak sakit lah! padahal tumit aku dah sakit gilerrr... huhuhu

Takkan cincin silver pon nak DIY kan, masak lah Mieza, semua benda nak DIY, hahaha

Esok nya, kami ke Sogo, ingat masuk Sogo nak amik ekon jer sebab panas kan.. hahaha dan dan terus masuk pohkong Sogo, tanya ada silver ke tak, dia kata ada, tengok design ada yang berkenan, terus je beli tapi size Farrid tak ada pulak, kena order dulu, sebulan lagi baru datang collect.. fuh! lega,,,, under budget and SETEL one job!


18 May 2012

Kad Kahwin SETEL!


akhirnya, kami dah pon booked kad kahwin, tang kad kahwin nie aku memang serah 95% kat Farrid untuk decide, pilih design, pilih vendor.

lagi 5% aku nak mencelah untuk komen design, aku kan cerewet mat mat, hahaha sekarang nie vendor dah bagi design diorang, kami pulak dalam masa untuk komen dan betulkan apa yang patut lah, macam salah eja nama ke apa..

bila dah komen & finalize baru lah proceed for printing, kita tunggu je lah nanti.
One major job done!

Bila Wallet Besar Gabak


inilah akibatnya kalau wallet besar, jadik tempat simpan resit tapi tak tahu lah nak claim kat siapa, hahaha

agak-agak macam tebal je wallet tue, buat buat lah beringat untuk kemas wallet tue, hihihi

lagi lagi sekarang nie, asik duk membeli barang kawen jer, hehe
ingat ingat lah simpan duit yer mieza..


16 May 2012

Selamat Hari Guru

Walaupun saya dah setahun lebih tinggalkan zaman belajar, saya tetap nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar saya daripada Tadika sampai lah ke Universiti..

Terima Kasih kepada cikgu yang pernah mendidik saya daripada saya tidak mengenal huruf, nombor sehingga saya kenal segalanya..

Terima Kasih kepada cikgu di Tadika Balai Polis Alor Gajah, Sek Keb Alor Gajah (1), Sek Men Agama Sharifah Rodziah, MRSM Kuala Klawang, MRSM Muar, UiTM Dungun, Terengganu.. Tak lupa jugak untuk guru yang pernah mengajar saya untuk mendapatkan lesen kereta... hahahaha

Selamat Hari Guru jugak buat semua guru di dunia ini.... Tanpa anda siapalah saya... ceehhh~~

Tak pe lah imi....


Perbualan antara seorang kakak dan adik

mieza : harriz, bag imi dah koyak lah, rasa macam nak beli bag baru.
harriz : mana? kalau imi letak barang jatuh tak? cuba letak.
mieza pon letak....
harriz : kan tak jatuh tue, tak pe lah iimi, boleh lar pakai lagi

(-_-!)
muka selamber jer bercakap ok
macam tak ada perasaan

budak sekolah

Mcm budak sekolah.. Hehehe tapi takpe, mcm masa mula mula kita kenal dulu.. Sikat rambut ke depan..

Mengimbau kenangan lama *tetibe


Published with Blogger-droid v2.0.4

15 May 2012

DIY Goodie Bag SETEL!



gambar sebelum siap..
akhirnya siap sudah goodie bag mieza, ambil masa 2bulan nak buat semua goodie bag ni..
gigih sangat kan.. hihi nasib baik ramai yang membantu samada ikat riben, tampal riben, gunting kertas, tampal kertas..

lega... bila dah setel..

setel satu job!

wedding gift

Dapat masa g wedding ahad lepas..

Kreatif kan? comel je bagi biskut..

Pastu balut dgn kain net.


Published with Blogger-droid v2.0.4

08 May 2012

makanan kasih sayang..

Sebab semalam aku puasa, so breakfast kasih sayang daripada dia memang automatic non ado lah...


Farrid : nanti singgah ofis b amik makanan.

Mieza : org puasa lah.

Farrid : nak bg makanan, kang buka puasa goreng lah.

Mieza : ok


Thank you syg...


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 May 2012

breakfast for today

Mihun goreng


Published with Blogger-droid v2.0.4

03 May 2012

Hantaran Pink Hitam

kawan aku ada minta tolong buatkan hantaran untuk dia tema pink hitam, aku masa mula mula dengar, takut jugak nak ambil, ye lah takut tak kena dengan apa orang tu nak kan...

kawan aku pon bersedia nak terima risiko atas tangan kayu aku nie, aku buat je lah...

contohnya ialah seperti di bawah.. malu nak tunjuk kat orang sebenarnya, saya bukan lah professional sangat..
warna dia yang sebenar bukan macam kat ats nie tau (lampu warna oren), tp gambar bawah nie baru betul pink hitam.

 mashmelo
 coklat
 baju
 kasut
 pen parker
 buah buahan
kek
tapi sayang nya saya tak dapat hadir masa enggagement diorang... =(
 kawen nanti jemput tau.. hee~ welcome to the club darl!

02 May 2012

wordless wednesday

Published with Blogger-droid v2.0.4