25 November 2011

FaRRiD MieZa PaRt 7


aku tersenyum di dalam hati dengan muka yang sesungguhnya dah merah kot masa nie... lalu aku memberi kan dia Surat Khabar kepada beliau untuk baca...hehehe sanggup dia datang daripada Ayer Keroh ke Peringgit, naik moto semata-mata nak hantar sweater..sweet nya dia =)
Bersambung...

sesampai jer Dungun beserta dengan 'sweater' Farrid, huish....

"mesti kena usik dengan budak-budak nie" kata hati kecilku.

sah!

memang kena usik, merah-merah muka aku...memang sampai ke sudahlar tak habis kisah sweater ni...

ada beberapa bulan lagi sebelum aku menghabiskan pengajianku di peringkat diploma, hanya perlu menghabiskan 6 paper sebelum habis diploma dan bermulalah kehidupan aku yang lain samada akan bekerja atau sambung ke peringkat ijazah...

dalam menghabiskan sisa-sisa pengajian diploma ini, segala suka duka ku, akan ku ceritakan kepada Farrid..

antara perbualan tentang sweater antara aku dengan farrid..

aku : nanti saya dah habis belajar, kita jumpa tau, saya nak pulangkan sweater awak.
farrid : tak payah lar pulang, nanti kan nak duduk sebumbung.
aku : gulp $%@@

eh, over pulak budak ni...

Bermula lah cuti semester.....

kebetulan, aku on the way nak balik kampung di muar, memang lalu jasin, aku SMS farrid..

aku : awak, kita nak jumpa awak sekejap boleh? nak bagi keropok lekor.
farrid : ok, kita jumpa depan balai polis jasin.

berdegup-degup jantung nak jumpa dia..hee~ control beb~~~

dia datang dengan baju berwarna MERAH sambil bersandar di motor 125 yang berwarna MERAH dan memegang henfon N97 berwarna MERAH.

"dia ni suka warna merah agaknya" gertak hati kecilku.

Farrid ajak aku keluar ke Mahkota Parade, sekali lagi aku menolak pelawaan tu dengan baik...kenapa dengan aku nie..semua aku tolak, padahal aku memang nak jumpa dengan dia....aku pon tak faham dengan perasaan aku..
aku dah mula menyintai dia ke? Tuhan sahaja yang tahu...

At last, aku ajak Farrid keluar makan kat area rumah aku jer, di Restoran Ikan Bakar Malim....
aku pergi dengan menaiki motor, dia pon sama...sampai di kedai tersebut.

farrid : motor nie lelaki je yang boleh naik.
aku : kenapa?
farrid : sebab number plat MAN.
aku : $%@@

lawak ke?? hahahaha

di kedai makan,

aku order nasi goreng cendawan + teh o ais, 
farrid pulak order mihun tomyam + fresh orange....

inilah kali pertama aku makan dengan farrid berdua =) malu sangat tapi sebab pasal makanan, aku on jer...hehehe

ada cerita kelakar...

aku : awak, saya nak order air lagi lah, boleh tak?
farrid : order lah, kita kongsi nak?

hahahaa bila ingat balik, kelakar lah, tak malu nya aku masa tue, dah lar first time makan sesama, makan banyak pulak tue =P

apalah farrid fikir pasal aku masa nie.......

bersambung.....



1 comment:

  1. Mieza pandai tulis. Seronok baca senyum2 je sweettttttt. Hehee

    ReplyDelete