30 November 2011

Wordless Wednesday


25 November 2011

FaRRiD MieZa PaRt 7


aku tersenyum di dalam hati dengan muka yang sesungguhnya dah merah kot masa nie... lalu aku memberi kan dia Surat Khabar kepada beliau untuk baca...hehehe sanggup dia datang daripada Ayer Keroh ke Peringgit, naik moto semata-mata nak hantar sweater..sweet nya dia =)
Bersambung...

sesampai jer Dungun beserta dengan 'sweater' Farrid, huish....

"mesti kena usik dengan budak-budak nie" kata hati kecilku.

sah!

memang kena usik, merah-merah muka aku...memang sampai ke sudahlar tak habis kisah sweater ni...

ada beberapa bulan lagi sebelum aku menghabiskan pengajianku di peringkat diploma, hanya perlu menghabiskan 6 paper sebelum habis diploma dan bermulalah kehidupan aku yang lain samada akan bekerja atau sambung ke peringkat ijazah...

dalam menghabiskan sisa-sisa pengajian diploma ini, segala suka duka ku, akan ku ceritakan kepada Farrid..

antara perbualan tentang sweater antara aku dengan farrid..

aku : nanti saya dah habis belajar, kita jumpa tau, saya nak pulangkan sweater awak.
farrid : tak payah lar pulang, nanti kan nak duduk sebumbung.
aku : gulp $%@@

eh, over pulak budak ni...

Bermula lah cuti semester.....

kebetulan, aku on the way nak balik kampung di muar, memang lalu jasin, aku SMS farrid..

aku : awak, kita nak jumpa awak sekejap boleh? nak bagi keropok lekor.
farrid : ok, kita jumpa depan balai polis jasin.

berdegup-degup jantung nak jumpa dia..hee~ control beb~~~

dia datang dengan baju berwarna MERAH sambil bersandar di motor 125 yang berwarna MERAH dan memegang henfon N97 berwarna MERAH.

"dia ni suka warna merah agaknya" gertak hati kecilku.

Farrid ajak aku keluar ke Mahkota Parade, sekali lagi aku menolak pelawaan tu dengan baik...kenapa dengan aku nie..semua aku tolak, padahal aku memang nak jumpa dengan dia....aku pon tak faham dengan perasaan aku..
aku dah mula menyintai dia ke? Tuhan sahaja yang tahu...

At last, aku ajak Farrid keluar makan kat area rumah aku jer, di Restoran Ikan Bakar Malim....
aku pergi dengan menaiki motor, dia pon sama...sampai di kedai tersebut.

farrid : motor nie lelaki je yang boleh naik.
aku : kenapa?
farrid : sebab number plat MAN.
aku : $%@@

lawak ke?? hahahaha

di kedai makan,

aku order nasi goreng cendawan + teh o ais, 
farrid pulak order mihun tomyam + fresh orange....

inilah kali pertama aku makan dengan farrid berdua =) malu sangat tapi sebab pasal makanan, aku on jer...hehehe

ada cerita kelakar...

aku : awak, saya nak order air lagi lah, boleh tak?
farrid : order lah, kita kongsi nak?

hahahaa bila ingat balik, kelakar lah, tak malu nya aku masa tue, dah lar first time makan sesama, makan banyak pulak tue =P

apalah farrid fikir pasal aku masa nie.......

bersambung.....



Breakfast for today!!


every friday, ofis memang ada buat breakfast untuk staff, terpulang kepada sesiapa yang nak bersedekah di hari yang mulia nie...dah lama dah start nya...tapi baru nak stori mori kat uols =P

so, pagi tadi, resepi kitorang ialah roti jala....

my feberet....roti jala memang terbaik wokk!!

23 November 2011

Pertunangan.....


saya dah bertunang...hehehehe pada 20.11.2011 dengan siapa? teka lah =P
tapi baru sekarang berkesempatan nak update, ni pon curi-curi =P

ok, babai....

11 November 2011

jiwang betul...


tengah godek-godek gambar dolu-dolu dalam CD, lalu terjumpa wallpaper ini...


jiwang betul aku...hahahhaha aku macam tak percaya... tengok lah gambar farrid, sangat muda....
makna nya aku buat wallpaper nie, masa mula-mula bercinta, sekarang jangan harap nak buat, dah tak rajin, bukan malas taw =P..ada lagi gambar dia zaman dulu-dulu tapi tak payah lah nak publish kan =)

06 November 2011

Salam Aidiladha




Salam Aidiladha buat semua reader & blogger yang menyambut nya..Marilah kita sama-sama menghayati sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail akan pengorbanan & ketaatan mereka kpd Allah s.w.t..

teringat kisah raya haji tahun lepas =) masa tue baru habis presentation for final project...kenangan kan....

02 November 2011

Hostel Ketiga

ok...hostel ketiga...baru sampai petang tadi...tak penat sangat macam semalam sebab naik cab =P malam nie kitorang tidur kat wink hostel...baru jugak hostel nie...tapi cantik lah, lagi cantik daripada 2 hostel yang tidur sebelum nie...patut lah mahal sikit =p malam nie nak round china town...

full story later, ok?

Hostel kedua

malam kedua tido kat tree lodge...tree lodge nie memang menitik beratkan tentang eco green...all things dalam hostel tue, aku rasa memang green...hari kedua hari nie paling penat....sebab berjalan jer sepanjang hari... 

full story later ok...sebab aku ada buat keje giler masa hari kedua...hahaha kalau farrid taw nie, confirm kena marah.. =P sorry yer syg, terpaksa rahsia kan dulu.....


01 November 2011

Hostel Pertama

malam pertama tido five stone hostel..
hostel baru lagi, about 2 weeks...selesa lah...tidur pon sekali dengan mat salleh...hehe sekali tue maksudnya satu bilik lah...macam dorm tue...
first time nie jadi bagpacker, patut selalu nampak mat salleh kehulu ke hilir bawak bagpack yang besar-besar tue...hari nie aku pulak yang rasa....


full story later ok =)

ok, next destination tomorrow.....


Away to Singapore

hi semua blogger and reader...

sekarang saya ada kat singapore for 4 days...tak dapat nak update selalu...tapi kalau ada masa, saya akan update..jgn rindu-rindu taw =P