25 June 2011

Minta masa dan jasa awak sedikit

ini sticky post...entry baru skrol ke bawah ok..thank you!!

Link
nak minta sedikit masa dan jasa awak-awak semua untuk vote saya...
cara-cara nya..

1) like page Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event
2) like photo saya di sini

senang je kan?
sayang sangat kat korang....
mana tahu rezeki kan...merasa lah korang nasi minyak cepat sikit =)

Aminnnn...



10 June 2011

BanYaK CaKaP

dalam perbualan telefon

farrid : dah baik demam?
aku :dah.

farrid : patut lah banyak cakap.

aku : #$%@%@


lepas nie tak nak cakap banyak-banyak! titik!



09 June 2011

Team Building di Lumut (Last Part)


Entry terakhir…..aku lamsam sampai habis kisah team building aku yang penuh dengan pengalaman bermakna nie….

Setelah Berjaya menjejak kan kaki ke tanah…means kaki dah boleh kuis-kuis tanah….kami ditugaskan untuk kemas semua jenis tools yang kitorang amik kat stor sepanjang journey kami…
Dah kemas-kemas semua, makan, naik dorm buat apa yang kitorang suka….mlm turun makan BBQ…yeeehaaaa~~

Tang BBQ yang sedap dengar tue….
Dah lar penat, kena panjat anak tangga yang curam pulak nak pergi dorm…mental kan…memerlukan tahap kesabaran yang tinggi DAN ketabahan yang kuat….huh!

Sampai dorm, lucut lah apa yang perlu dilucut….zoommmm….mandi!! ini yang aku tunggu selama nie…mandi sepuas-puas nya….
Dan tidur lepas mandi, lepas badan dah segar…amatlah nikmat kan…..
Tapi lelap mata, kita akan terasa beralun-alun….maklum lah lama kat atas kayak…

Tutup mata jer beralun….
Tutup mata jer beralun….

8.00 malam….
BBQ time…..

korang layan gambar je lah....


muka dah sunburn


sebelum makan ada ucapan-ucapan dulu


kami si gadis lensa

keesokan nya....

tamat lah team building 4 hari 3 malam di Lumut....
mula-mula rasa tak ada entertainment mesti boring kan sepanjang 4 hari tue....tapi tak sempat pon nak ingat kat henfon ok....penat sangat....


ex-bounders


kami GREAT 15, cyberview

ini nama nya entry asal boleh =P




Team Building di Lumut (Part 5)

Ok, kita sambung kisah journey setelah bermalam di Pulau Syawal….

Perjalanan kami bermula jam 745 pagi, kalau ikutkan aku partner dengan Zaiful kan…tapi disebabkan ada perempuan yang partner dengan perempuan (korang paham-paham je lah kalau tenaga perempuan) lemah tidak berdaya mendayung =P *ayat novel kitorang terpaksa berpisah =( dan aku dipasangkan dengan hanim…mula-mula aku ingat boleh lar kitorang berganding bersama sebab dua-dua agak besar tinggi jugak mesti bertenaga tapi tak pon……. kitorang kayak last sekali tau, baru aku paham perasaan perempuan yang partner dengan perempuan jugak, tak ada tenaga sangat….memang perlukan tenaga lelaki jugak =P

Belum separuh perjalanan pon lagi, kami mintaq tukar pasangan, memang dah tak larat sangat-sangat……

Selepas buat rufting….

Rufting lebih kurang macam gambar di atas,

rapat-rapatkan kayak, then lalu atas kayak tu untuk tukar partner….takut betul nak jalan atas kayak tue, takut terjatuh dalam laut =P

then, aku partner dengan ijat…seronok partner dengan ijat nie, asik ajak aku berborak jer,,,,hahaha tak ada lah rasa penat kan, kita tak ingat pon yang kita nie tengah mengayuh tengah laut….air laut pon masa nie tenang….so, kayak tak beralun…

cuaca masa nie tak de lah panas sangat….suam-suam gitu tapi aku tetap pakai sun blok seputih-putih nya, hahahaha takut hitam =P

ok, dalam pukul 1230pm, kitorang sampai pantai apa ntah nama dia untuk berhenti makan…bekalan makanan yang kitorang bawak ialah roti sardine, roti kosong, roti dan roti…..kitorang makan roti jer =) lepas makan, ada yang mandi laut, duduk rehat, pergi ‘uk uk’ kat resort depan tue tapi aku baring kejap lah atas pasir tue. Sempat lah mandi laut kejap.. =)

selepas 1 jam berehat, journey kami bermula semula…

lebih kurang separuh lagi perjalanan sebelum sampai ke lokasi team building kami…

kami mendayung seperti biasa,

sampai ke kawasan dimana kapal-kapal besar lalu lalang, ombak yang beralun-alun yang menyebabkan kayak kami ke belakang semula kalau kami berhenti mendayung,,,masa nie aku dengan ijat dah tak boleh nak berborak dah,,,hei! Bercakap guna tenaga taw! Penat!

Rufting pon dikurangkan jugak sebab ombak yang sangat beralun..

Ok, semakin nampak lokasi team building, semakin laju kayuh, ye lah nak cepat sampai…kawan-kawan lain ada yang dah sampai…

Tapi kayuh-kayuh jer kayak ke kanan…tension betul! Masa nie aku dah give up dah wei…rasa nak terjun kayak jer takpon buat-buat pengsan…mental betul berkayak keliling pulau pangkor nie taw…rasa nak marah-marah jer….hahaha

Akhir nya, kitorang sampai lokasi dan berjaya menyentuh tanah pada jam 445 ptg….Alhamdulillah, perasaan masa nie, tuhan je yang tahu…dengan lapar nasi nya, penat nya…hitam lagi….tapi Alhamdulillah kitorang sampai jugak tanpa ada satu kayak pon yang terbalik =)

Tak sabar nak BBQ malam nie dan balik cyberjaya esok pagi……

Bersambung…….



03 June 2011

Team Building di Lumut (Part 4)


Dah sampai Pulau Syawal, bukan boleh berehat ke apa…pembahagian tugas pulak..pecah 3 group


1- Cari kayu api
2- Masak
3- Pasang khemah

Tugas aku ialah cari kayu api…

“nak cari kayu api, nak cari kayu api” gituuu….



Maafkan gadis lensa, tugas cari kayu api, tapi nampak orang tangkap gambar kat pasang khemah, teeeerus menyelit….haha atas tanah, saya lah si gadis lensa…yee haaa~~


Kawasan perkhemahan kami….

Disini, kawasan pembuangan sisa besar atau kecil ialah dimana-mana….kalau boleh aku akan pastikan perut ku tidak meragam… I tak biasa lah berak kena korek tanah…. =P nak buang air kecik tak apa lagi..lepas jer,,hehe

Mandi pulak air perigi yang disaksikan oleh beruk-beruk dan pacat , nak tidur je lah aku mandi, bangun pagi memang tak mandi lah…mandi air laut jer…huhu

Makan pulak, kami makan je apa yang dimasak oleh team member kami, masa penat, semua boleh makan, semua jadik sedap…..kan??

Tidur pulak, tidur bawah canvas, bukan khemah cantik2 tue, canvas jer, 1 buat alas, 1 buat bumbung, cukup….aku tidur dekat-dekat dengan pintu, apa lagi nyamuk lumba-lumba lah nak gigit…dengan pasir melekat seluruh badan….tak selesa gila, nak tak nak kena tidur jugak sebab esok nya nak sambung journey...kena ada tenaga untuk tomorrow journey..

Nasib baik tidur semalam jer, (-_-!) macam mana lah orang yang kena tidur berminggu-minggu tue, mesti dah tak rope orang dah… =P

Perasaan masa nie, nak balik cepat sebab nak mandi puas-puas dan tidur puas-puas….tu jer, tak nak lain…!

Bersambung…….




02 June 2011

Team building di Lumut (Part 3)

Saje je buat part by part, aku rasa bosan lak kalau cerita panjang-panjang nanti, kang korang bosan pulak….

Ini paksaan supaya korang baca setiap post aku….hahaha gelak jahat….
Perjalanan hari pertama daripada tempat team building sehingga ke pantai syawal…



Mula-mula kayak, perasaan cuak memang ada lah dalam jiwa…weih..aku nie Nampak je ganas, tapi hati aku kecik..haha ye lah, nak pusing tengok orang belakang pon takut weih…aku gila skema pandang depan jer, kayuh dan kayuh…



Gambar aku atas kayak pon tak banyak, sikit-sikit jer…kalau ada pon nampak sikit jer, tak senyum lak tue,,,aku duk jauh lar dengan cameraman @ ijat, maka atas kayak tengah laut, aku ialah bukan gadis lensa…peace!!

Perasaan atas kayak??
Takut kalau kayak terbalik, (cet, entry lepas baru angkat-angkat kening sebab dah buat rescue, haha) lagi-lagi masa bot atau ferry lalu, masa tue air laut dah tak tenang dah, ombak sana sini, beralun-alun kayak…buat-buat berani jer…nak minum air pon takut kayak terbalik….haha kelakar bila teringat balik…ada sekali ferry pulau pangkor lalu, kitorang kena berhenti untuk bagi laluan kat ferry tue…takut nya masa tue, takut ferry langgar kayak kitorang….kalau langgar? terbalik lah kitorang…

Atas kayak fikir positif jer, “kayak takkan terbalik” tue je aku pikir…
Ada yang paling ketara, member aku sorang nie, dalam kelas dia lah hero, banyak cakap, loyer buruk segala nya bagi kat dia lah tapi atas kayak dia lah yang paling DIAM…hehe



Journey kitorang untuk sampai ke pantai syawal mengambil masa dalam 2 jam…tak ingat lah dalam berapa kilometer, hari tue ada tanya instructor tapi dah lupa =P maaf kan saya…



Sampai lah kami ke Pulau Syawal…….

Bersambung….




Team Building Di Lumut, Perak (Part 2)


Wah, dah macam drama berepisod pulak siap ber’part’-‘part’..over perempuan nie… hahahaha

Sekarang nak cerita aktiviti berkayak…

Bila cerita kat semua orang, ramai yang cakap best…memang best berkayak for riadah…
Belajar berkayak pada mula di ajar oleh instructor, mula-mula syok lar main air laut kan….main timbang-timbang badan, kayak-kayak sikit, buat rescue if kayak terbalik, aku lah tue! Syok main air laut…so, aku dah berpengalaman macam mana nak buat if kayak aku terbalik kat tengah laut (sambil angkat-angkat kening). Masa pilih partner untuk kayak, aku laju-laju jerit..

“zaiful, zaiful, aku dengan kau ea”

Zaiful angguk jer, tak tahu lah dia nak ke tak partner dengan aku…hahaha kalau zaiful baca nie, jangan marah haaa~~ kang kena buang negeri.. =P
Zaiful nie orang Melaka, so aku memilih melakarian lah for my partner….haha

Sekali briefing lagi pasal journey kami petang tue, fyi team building nie memang tak bagitahu aktiviti apa yang diorang plan untuk kita, suka buat terkejut-terkejut jer…tiba-tiba kena kayak keliling pulau pangkor, tiba-tiba ada main game, padahal cakap petang nie turun dorm tangkap gambar, yang boys nak control macho siap pakai jeans, sekali main game, memang berat lah…hehe kitorang girls dah ready pakai track jer, tak macho tak pe.. =)


Map journey kami

Dari tempat team building kami berkayak melalui jetty navy, dan berehat tidur makan di pantai syawal...esok pagi baru mula kan semula journey kami mengelilingi pulau pangkor… Berifing lar pasal formation semua, siapa nak duduk depan sekali, belakang sekali, kiri, kanan, tengah…

Then, naik dorm kemas-kemas barang, pergi stor amik barang-barang untuk camping semua…packing-packing, baru gerak…..

Bermula lah episode journey kami………..

Bersambung……




Team Building di Lumut, Perak (Part 1)

Salam 1 Malaysia semua, korang semua sihat? Aku macam nie je lah tak ada beza pon, dah lama tak timbang, minta-minta dah 57kg,AMMIIINNNN…..fuh fuh…

Bila dah tak ada broadband, macam nie lah blog nie, tertinggal meninggal tp aku akan tetap update even cerita dah berbulan lama nya…kenangan masa muda nie…muda ke?? (letak tangan di bahu sambil menaikkan anak mata ke atas) nak cerita broadband aku bagi adik aku guna since dia still study, maybe nak “SEARCH SOURCE ASSIGNMENT”, aku boleh online kat office…baik kan dapat kakak macam aku… =) bangga sekejap……

Ok ok, kita sambung cerita, kat mana kita tadi, haaa kisah team building kat lumut, mula-mula aku fikir team building setakat main game dalam group, tak pon pergi camping-camping, then jungle tracking gitu….setakat macam tue aku suka lah….

Tapi bila dapat tahu kisah sebenar yang team building tidak lah sebegitu rope….tapi siap kena berkayak-kayak bagai…OMG…aku tak pandai kayak melainkan ada orang guide, itu memang aku pro….hahahaha

Kitorang gerak daripada cyberview pukul 730 macam tue, sampai sana dalam pukul11 lebih gitu..sampai sana kami di berifing by marketing of team building person….briefing lar pasal rules kat sana dimana henfon, makanan, duit, rokok, majalah, ps2,psp, mp3, tue semua barang larangan kitorang sepanjang ada kat situ…aku bila dengar henfon kena bagi kat diorang, “alarrrr, tak best nya, 4 hari tak dengar cerita, mesti rinduuuuu” tak pernah tau putus hubungan, hari-hari mesti dengar cerita si dia =P poyo!!!

Dah selesai berifing, isi borang, bagi barang larangan apa semua, kitorang dibenarkan naik dorm…perempuan dorm tahan, lelaki dorm korbu kalau aku tak silap…


Kunci dorm

Bapak besar kunci kan, mula-mula kelakar jugak tengok kunci dorm nie….hahaha berat ok kayu tue, aku tak pernah pon bawak naik sebab aku tak pernah jadi orang pertama yang balik dorm, hehe korang Nampak nombor-nombor kat kunci tu? Itu lah dia ANAK TANGGA yang kitorang perlu naik untuk ke dorm…

Tahan – 148 anak tangga
Korbu – 127 anak tangga
Sila percaya!!


Dorm atau tempat tinggal kami

Dorm perempuan yang atas sekali nuh…itu kalau naik, tak moh turun dah, dah turun pon, tak moh naik dah…aku kalau naik, mesti stop kat tengah-tengah ambik nafas, gila penat! Dengan hari pertama bawak beg besar gajah tue, semua pengsan bila dah sampai dorm…



Aktiviti petang dan malam sekadar main game ikut group, oh lupa nak cerita pasal group, sebab kitorang 22 orang, so bahagi kepada 2 kumpulan, main game ikut group jelah….

Bersambung……