25 November 2014

Toys

Ntah macammana boleh terjebak dengan minifigure ni.. haha dah nampak minifigure ni, terus lupakan gundam buat seketika.. haha seketika? maksudnya? haha takkan dilupakan ler tew =P

ini versi pertama, tapi nanti nak keluarkan toy story masuk dalam box lain.. box versi ni nak letak superheroes jer.. macam tak masuk jer toy story yang senyum senyum tu letak dalam box muka garang garang..

ini pula kerjaan incik husband, dengan helikopter dia je lah.. bersungguh sungguh nak bina, dah lama simpan box helikopter tu, akhirnya buat jugak..

ini lah hasilnya tapi tapi helikopter dia tak ada box, berhabuk nanti.. kena beli almari kaca lah macam ni =P

20 November 2014

Aktiviti Weekend

 
Matiklaa dah hari kames baru update pasal weekend yang lepas.. haha
Ntah kenapa buang tebiat kitorang suami isteri ni, pergi makan tengahari kat tepi pantai ala ala picnic macam tu.. tapi tak bawak tikar.. gasak! Duduk lah atas bangku, nasib baik ada bangku.


Lauk semua dah siap masak kat rumah, tinggal nak makan je..
Lauk ayam goreng, ikan keli berlada dengan sup cendawan.
Ada buah pear sekali.

Lepas makan tidur + angin sepoi sepoi, kalau bawak tikar lagi best ni, siap baring.. haha
Tutup mata je pon dan best, apa lagi baring..

 
Tengah duduk duduk dating, motor aiskrim lalu lalang depan kitorang, kitorang pon beli lah.. macam tak sempurna kan tak makan aiskrim calong kat tepi pantai, eh korang panggil aiskrim tu aiskrim apa? Mieza panggil aiskrim calong..

Bila agak agak nak hujan jer, kitorang pun naik kereta, ye lah sekarang ni petang jer hujan kan.. so plan nak pergi window shopping di kala tengah bulan.. haha lepas tu plan gaji nanti nak beli, lepas dah gaji tak beli pon.. dah biasa dah!
Malam makan kat subway tapi tak makan sini pon take away sebab kenyang lagi makan lunch tadi kan.. Korang! Subway dah ada kat Melaka.. yuhuu tak ada lah jauh sangat nak pergi makan.

Terima kasih Fiza sebab ajar saya makan Subway.. hahaha sekarang dah jadi favourite =P

Itu lah kisah weekend mieza, lepas ni plan nak lunch kat air terjun pulak.. hahaha tapi kalau plan ni sekadar plan je lah.. kalau last minit terus jadi. macam makan kat tepi pantai ni.

05 November 2014

Malam Kewangan 2014 - Frozen Theme -


Sekarang ni macam viral kartun frozen ni, kat semua tempat nak kartun frozen, sampai tema dinner pon kita buat tema frozen atau biru putih.
Dah jadi biasa, bila nak cari dress kale biru frozen ni, memang non ado. bila jumpa ada koyak lah, senteng lah, jarang lah..

Last sekali, terjumpa skirt biru, terus beli, pakai dengan tshirt putih, pastu nampak gemuk.. haha pakai skirt ni memang makin kembang lah badan ni.. tapi pedulik lah orang nak pandang sebab pakai baju dah macam nangka dah. haha janji iolss ikut tema biru putih.


1- Hamper besar tu dapat saguhati keluarga mengikut tema frozen/biru putih.
2- tupperware botol air tu kira macam gift lah, semua staff dapat.
3- tupperware mickey mouse tu cabutan bertuah. mungkin tahun ni rezeki berpihak kepada tupperware, tau tau je saya suka tupperware.. =P

Malam Kewangan, tahun depan kita jumpa lagi ye.. InsyaAllah..