31 December 2012

4 bulan..

4 bulan usia perkahwinan kami..
31/08/2012-31/12/2012
Mieza bahagia dengan kehidupan mieza sekarang... Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rentetan Tahun 2012

Januari, 
Setelah 4 tahun guna handphone yang sama, akhirnya telah pon bertukar kepada smartphone, Samsung Galaxy W menggunakan gaji pertama bekerja di office lama.

Februari, 
Dapat jugak beli oven baru setelah berjeman nak beli, hehe Mieza beli oven guna duit cabutan bertuah masa Annual Dinner office lama.

Mac, April, Mei, Jun, Julai
Busy membuat persiapan perkahwinan Mieza & Farrid

Ogos
Bulan Ogos ialah bulan kesukaan Mieza dimana pelbagai perkara yang terjadi pada bulan Ogos.. Dan bulan Ogos juga Mieza telah diijabkabulkan bersama pilihan hati Mieza, Encik Ahmad Farrid, dengan sekali lafaz, Mieza sah menjadi isteri Ahmad Farrid.

Bulan Ogos juga Mieza membeli harta baru milik Mieza sendiri, Motorsikal Honda Dash bernombor plat MCF 5**5... MCF yang bermaksud 'Mieza Cinta Farrid' kalau ikut wishlist tahun lepas, no plat ini untuk kereta Saga FLX Executive Putih.. tapi belum ada rezeki untuk memiliki kereta, beli motor je lah, sebab Mieza memang nak sangat no plat ni =)

Mieza pon dah tender resign letter masa bulan Ogos sebab dapat offer keje baru di Putrajaya.

September
Mieza telah memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri eventhough kami weekend husband & wife, itu pon dah rasa cukup bahagia bagi Mieza, Allah masih bagi Mieza peluang untuk menjalankan tanggung jawab sebagai isteri walaupun pada hujung minggu... Alhamdulillah...

Mieza telah mulakan kerja di tempat baru di Putrajaya dan Mieza masih lagi menetap di rumah lama.
Dapat jugak bercuti berdua jauh daripada orang lain walaupun pergi Kuantan.

Rezeki melimpah ruah bila dapat lucky draw daripada  Mudah.my , got voucher aeon RM250.

Oktober
Pertama kali menyambut Aidiladha bersama suami tersayang, pertama kali sambut Aidiladha di rumah nenek Farrid. Pengalaman yang berlainan daripada sebelumnya.

Disember
Bercuti bersama suami tersayang ke Terengganu.

Ada juga wishlist yang tercapai tahun ini, & yang belum tercapai lagi, akan di carryforward untuk wishlist tahun depan =)


Keropok Losong & Nasi Kukus

Plan hari ketiga nak jalan jalan dalam Taman Tamadun Islam, Muzium etc tapi macam biasa keadaan cuaca tidak mengizinkan... Mengikut plan jugak, malam ketiga kami nak tidur Cherating means Selasa pagi baru balik KL, sekali lagi masalah cuaca, kami terus balik KL je lah.. itu rupanya petanda agoda tak bagi book hotel kat Cherating hari tu.. kalau dah book, nak tak nak kena tidur situ jugak kan..

Sebelum balik, singgah Kampung Losong, yang ini pon Mieza dengan Farrid tak searching, mana yang ramai orang kami terus stop. kitorang masuk jer, terus kosong kedai tu.. haha

kami borong banyak jugak kopok losong... kat semua tempat lah kitorang borong,,

dah beli beli,
terus ke Dungun, makan nasik kukus sebab tak dapat hari tu kan..
Dari dulu lagi teringin betul nak makan nasik kukus kat Dungun..

 
muka gembira dapat makan nasi kukus ayam berempah kat dungun

 
Dan Mieza ajar Farrid makan nasi kukus sedap, respond Farrid "sedap, ayam pon besar. RM5 jer untuk nasi kukus + air teh o ais"

 
jumlah perjalanan kami.. KL-Terengganu-KL 925.5km

selesai sudah holiday kedua kami suami isteri, happy + fun bercuti di terengganu berdua,
Thanks to Mr. hubby sebab bawak Mieza jalan jalan..Nanti kita g jenjalan lagi ea bie.. kita g tempat lain pulak...Sayang bie lebey lahh