18 May 2015

Seoul Garden Di Rumah....

Tajuk tak nak kalah.. haha

Kisah weekend lepas lepas.. haha bukan weekend semalam tapi weekend lepas lepas means dah lama.. haha

Tekak En. Farrid kita ni tiba tiba pulak nak makan steambut.. minta buatkan sos steambut, kuah steambut.. Saya pula teringat ada ayam lebih kat rumah tu, so marinade lah.. so, sorang nak makan steambut, sorang lagi nak makan grill.. elok lah tu, maka, terjadilah 'seoul garden di rumah'

Ayam dan sosej untuk di gril & barang barang steambut.

Kuah steambut tanpa bijan, haha sebabnya tak ada bijan dekat rumah, rasa ok.. cuma perlu pekat kan sikit, kata En. Farrid... En. Farrid tu saya punya tester =P

Electric grill , boleh letak sekali periuk yang boleh masak atas electric, buat kuah tomyam masa ni, En. Farrid request sup tapi saya tukar tomyam... tomyam lagi sedap...

Harus sediakan sudu panjang dengan chopstik , baru lah seoul garden.. hehehe tapi tetibe ada sos nandos pulak, hahaha

Sejak dua menjak ni, En. Farrid kita ni memang selalu request nak makan ini , nak makan itu but setakat ni semua boleh disediakan lah. Kalau tak boleh, kita tanya en. google.. 


24 March 2015

Sepuluh Tahun / Sedekad



Dah lama sangat berzikir nak makan kek tau baby besar ni,tapi sebab dulu masa pregnant saya tak suka sangat makan kek, saya ignore je yang dia nak makan kek, haha kejam betul =P

Dan saya memang dah berhajat nak belanja en. Farrid makan masa 10 tahun sebagai penjawat awam which is 16 Mac 2015 .


Jadi, marilah makan kek waktu saya tengah berpantang ye. Keluar pon senyap senyap ni.. haha saya berurut kat rumah orang, so dah alang alang dapat keluar rumah kan, jom saya belanja makan kek ye tapi sepotong je lah.. awak awak jangan risau, even saya keluar rumah, saya sedar diri , jaga diri, makan apa yang boleh dimakan dan minum sahaja ya.


Bersungguh sungguh tengok menu, padahal saya nak belanja makan kek je. hehe tak lebih dari itu. Sekejap je dah 10 tahun kerja. Saya sempat lah buat temuramah kat en. Farrid ni, tapi rugi saya tak rakam.. 

Mieza : Dah berapa PWN sepanjang 10 tahun bekerja ?
Farrid : 4 PWN

Mieza : Bendahari ?
Farrid : 4

Mieza : SUK ?
Farrid : 4 juga

Mieza : Apa kenangan pahit sepanjang sepuluh tahun bekerja di Melaka? Kena marah ke?Kena buli ke?
Farrid : Takde kenangan pahit. Semua ok je.

Mieza : Apa kenangan manis sepanjang sepuluh tahun bekerja di Melaka?
Farrid : Dapat kenal dengan syg..
Mieza : Blushing*** Tak nak tanya lagi.. bye~

15 tahun akan datang, saya nak tanya lagi kenangan manis dia sepanjang kerja kat Melaka apa ye, sama atau tidak.. haha

23 March 2015

Belum Rezeki Kami Lagi

Hari ini sudah hari ke-13 berpantang kerana keguguran pada 11 Mac 2015 yang lepas. Ramai yang terkejut tentang perkara ini especially officemate lah, sebab tak ada pon unsur unsur macam mengandung tetiba mc 2minggu kan.. Bukan tak nak bagitahu, tapi kita ni mengikut kata orang-orang tua yang awal awal tak perlu lah nak beritahu satu dunia sebab masih awal kan. Maaf ye kengkawan bukan nak menipu atau mengelak tapi harap awak awak paham situasi saya yang special tak sama macam orang lain. Kena usaha lebih pada masa hadapan =P

Bila saya jaga makan minum untuk elak berat badan naik, baru saya berjaya pregnant, memang nampak saya ni tak gemuk tapi badan saya cepat naik berat badan , metabolisme rendah orang cakap.. haaa~ so, kena lah jaga makan yang bermaksud makan ikut masa, tak minum ais, air manis, menunggak air masak jer.. jajan pon saya dah tak makan.

ok, saya tau saya pregnant, bila saya nak pergi buat medical chekup untuk office, ye lah since buat medical checkup kena buat xray bagai kan , saya kena lah buat UPT untuk make sure yang saya ni pregnant atau tidak, kang tak pasal-pasal kan main buat je xray, kesian baby dalam perut. Pagi tu bila test ada 2 line.. ketor ketor tangan kita tau nak bagitahu kat encik Farrid kita tu. So,saya pon tak buat xray, mujur admin tak tanya mana xray.

Masih awal lagi agaknya, saya pon lagak seperti biasa tak nak excited sangat, tak terkinja sana sini.. haha tapi saya tetap ingat ada baby dalam perut. 

Awal bulan Februari which is dah 8 weeks time tu kalau ikut perkiraan daripada last kita period , kita pergi scan baby dalam perut untuk make sure yang kite ni betul betul pregnant. Alhamdulillah janin dah nampak dalam perut berbanding dengan first pregnancy dulu tak nampak baby, cuma kantung sahaja.. kali ni nampak baby, nampak kepala, kaki, tangan, badan tapi ada satu yang tak nampak dan tak dengar, heartbeat! 

Doc bgth kami ikut pengalaman dia, kalau time macam ni heartbeat dah dengar, doc suggest untuk cuci, berderau darah saya masa tu, muka pon dah rasa panas, mata dah bergelenang tapi kutahan jua.. Tapi doc ni ada suggest juga supaya cek ke klinik lain untuk second opinion. Keluar je daripada klinik berjurai jurai air mata turun, sampai ke esok pagi berjurai, malam memang tak boleh tidur, terjaga je nangis, asal terjaga je menangis.

Bila ditanya macammana boleh jadi macam ni, jawapannya unknown dan berpihak kepada nasib , nasib kami kurang baik , bergantung kepada rezeki. Tapi doc sedapkan hati saya katanya ' atleast you tau, you can pregnant' you tiada masalah.

Ye! Bila situasi macam ni, saya rasa bersyukur atleast i can, ada orang yang dah bertahun tahun kahwin, tak pernah dapat rasa apa yang saya rasa, atleast saya sempat merasa even sekejap.

So, saya ambil keputusan untuk tunggu sehingga minggu ke12 untuk buat second scan atau sehingga janin itu akan turun sendiri, saya mengikut flow. Mungkin ada yang tak setuju dengan cara saya ni tapi.. ntah lar.. mana tau heartbeat baby saya muncul lambat sikit ke..

Bila dah sampai waktu 12 weeks, saya pergi klinik lain and yes,betul cakap first doctor, baby tiada heartbeat dan suggest untuk cuci. Saya plan untuk ke Hospital Besar keesokan harinya since saya tak sakit apa apa lagi. Dan saya EL pagi tu sebab nak ke Hospital Besar, ikut pengalaman masa saya first pregnancy dulu, doc GH scan then suruh datang lagi 2 weeks untuk repeat scan, itu yang saya EL je pagi tu.

Nak dijadikan cerita, malam tu perut saya dah sakit macam senggugut kat ari-ari tu, saya tak sanggup nak kejut kan en. Farrid yang tengah tidur, saya pon tidur bila tak rasa sakit dan tersedar bila sakit tu menyerang, Bila dengar alarm en. Farrid berbunyi, baru saya bagitahu dia, perut saya dah sakit, terus ke Emergency , sampai emergency darah saya dah keluar macam air paip dan tak boleh berjalan sebab saya dapat rasa janin dah sampai hujung dah nak terkeluar.. 

Masuk emergency, terus ditariknya janin tu keluar. Dah lar kena marah dengan doctor sebab datang lambat, masuk emergency lambat, pakai seluar pon kena marah.. nasib nasib~ saya tetap kena masuk bilik operation dengan bius penuh satu badan sebab ada lagi tisu yang tertinggal dalam rahim, saya tengok kat scan sikit je lagi yang tertinggal.. kalau saya bersin kuat agaknya tak payah masuk bilik OT kot.. hehe doc suh batuk pon, saya batuk ngada ngada,, haha ye lah masa tak batuk kita batuk tak ke batuk tu keluar macam ngada ngada.. haha


Saya dan encik farrid hanya berserah pada takdir, dugaan kita macam ni, saya tahu Allah menduga hambanya mengikut kekuatan hambanya... Ada orang lain yang lagi teruk kena duga, at least saya ada husband yang sabar yang baik yang perfect kat sisi saya. Dalam saya berpantang ni, saya ada terbuka fb tentang baby yang baru lahir, tiada lubang dubur, mempunyai satu sahaja buah pinggang, dan ada satu lagi sakit saya tak ingat, baru dua hari lahir dah kena buat operation, kesian kat baby tu.Tabah sangat ibu baby tersebut. Saya berfikir sebentar , ada hikmahnya Allah duga saya macam ni, baby tiada heartbeat, kalau baby saya hidup mungkin tidak sihat dan sebagainya . Mampu ke saya nak menjadi tabah seperti ibu baby tersebut.. Wallahualam..

Kesempatan ini, saya nak terima kasih atas prihatin dan doa kawan kawan, ada hikmahnya yang mungkin kita tidak sedari. Ada rezeki yang lebih baik akan datang, InsyaAllah... Mana tau dapat kembar ke, hihi