09 March 2015

Dugaan demi dugaan

Masa cuti raya cina 4 hari, kereta pula minta belaian nak kena tukar aircond compressor. Patut lah tiba tiba je air cond panas, ingatkan gas air cond habis, rupanya lain yang rosak.. Masa mekanik tu tengok, dia bagitahu compressor yang rosak, siap dah bagitahu harganya lebih kurang 400 ++ barang sahaja... nangis~

Nak dijadikan cerita, terjadi pula masa raya cina, kedai confirm lah banyak tutup, kalau ada yang buka pon barang tak ada.. 

Orang kata, biasalah kereta kalau dah lebih 5 tahun, memang akan jadi macam macam... sayang wo kereta ni, kereta pergi dating dating dulu.. haha

Masa pergi bengkel ni, saya tak ikut pon, En. Farrid pergi sorang je..

Selain compressor, pelbagai benda yang berkaitan turut kena tukar.

Dan total lost untuk kereta ini ialah RM780.. nampaknya kena berjimatlah sampai bulan 3... bersabarlah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sepanjang baru 2 bulan lebih mengharungi tahun 2015 ni. Mana tau ada berita yang lebih gembira kan?

Think positive..

06 March 2015

Lego dah bertambah

entry ni dah berjeman menyemak dalam draft, so marilah kita publishkan..
 

Lego terbaru , lego cartoon simpson.. comel kan...


Sampai sekarang , box atas tu kosong macam tu, belum tambah tambah lagi.
Kedai aunty lego pon dah lama tak pergi..

05 March 2015

Dugaan Tahun Baru

Entry pertama untuk tahun 2015..

Bukan lupa pada blog, bukan busy menguruskan rumah tangga, bukan busy menguruskan laki kat rumah... hahhaa cuma hp kesayangan yang En. Farrid bagi di ambil orang..

So, nak bergambar pon tak ada perasaan dah sekarang.

Dugaan tahun baru...

Silap saya, lalai sangat atau mungkin terlalu rushing nak balik sebab rasa penat sangat..

Balik dari office, makan malam kat old town kat Jusco Lama kat Ayer Keroh, waktu makan ni pun rasa macam berat hati je.. dua kali bontot dah terangkat sikit sebab nak makan kat tempat lain.. tapi dah ketentuan memang makan kat situ even waiter macam lambat je nak layan kitorang..

Syok syok makan, bila balik.. boleh menonong je balik ke kereta, waktu ni tak perasan lagi hp tertinggal kat kedai makan tu. Dah sampai Jasin, terdengar macam bunyi hp, cari cari hp dah tak de... huwaaa~~ sah! memang tertinggal kat atas meja makan tu.. Telinga ni apa lagi menadah je lah kena bebel dengan En. Farrid sepanjang perjalanan tu. Sepanjang perjalanan dengan harapan hp tu ada lagi dalam simpanan staff kat situ.. Bukan apa, itu je lah aset yang saya ada.. haha tak pernah terlintas pon nak beli hp baru even hp tu dah lambat.. sayang gambar gambar dalam hp tu..

Tapi benda dah jadi, hp dah tak de kat atas meja masa staff kedai tu kemas pinggan. Rezeki hp saya hidup dengan saya sampai saat tu jer..

Bila tengok CCTV, benda ni jadi 5 minit je selepas kitorang beredar daripada kedai makan tu means masa kejadian tu berlaku, kitorang mungkin on the way nak ke parking kereta lagi, belum keluar Jusco. Dan paling terkejut, yang ambil hp saya ialah seorang perempuan bertudung dan berjubah.. so, don't judge book by its cover... geram sangat..!

Terpaksa lah korbankan duit bonus beli henfon murah murah je janji boleh guna internet, En. Farrid pon dah tak nak belikan henfon untuk saya lagi.. serik agaknya =P
Sebab itu lah saya hilang dari radar blog, ig dan fb sebentar.. haha

Sekarang ni tengah cari mood balik.. =P
Fuh fuh..