23 September 2015

Menginap di Hotel Snooze Too, Cameron Highlands #miezafarridjalan2

Highly Recommended sangat hotel ni, even hotel bajet tapi sangat selesa. Tak rasa pon macam kita duduk hotel bajet. Lagipon Snooze Too ini bangunan baru, itu yang membuatkan lagi selesa. Security pon ok sebab once kita nak masuk hotel itu, kena guna access card, so tak semua orang yang boleh masuk hotel ini.

 

Sebab kebanyakan hotel bajet tak de lif, sebab kitorang book hotel kat agoda, so macam risau jugak kalau dapat bilik tingkat 3 or 4, lepas tu tak de lif. Tapi nasib baik Snooze Too Hotel ni ada lif.. hehe tak de lah penat naik tangga.

Terletak betul betul di Pekan Brinchang, so kebanyakan tempat kitorang jalan kaki jer. Nak ke Cactus Valley dan Big Red Strawberry kitorang dah save minyak kat situ. Sebab jalan kaki jer, tapi berbukit, semput jugak.. haha Pasar malam Brinchang pon kitorang jalan kaki jer.
Lagi satu tentang hotel ini yang saya suka sangat wifi sangat laju.. Dasar!!

 

Design kat café dia pon comel comel and kreatif, sebab tu bilik pon cantik. Tapi hotel ini tak sediakan breakfast tau. Kitorang pon breakfast dalam bilik jer, buat air, cicah biskut pon sedap, hehe

 


Gambar dalam bilik kena google sebab memang tak tangkap gambar kat dalam bilik.. kecil tapi sangat selesa, kiranya tak horror lah.. hahaha Aircond xde tapi ada kipas, sepanjang kitorang tidur tak pernah pasang kipas pon sebab dah sedia sejuk..

More information, boleh view facebook Snooze Too ini. Kalau korang email pon untuk pertanyaan, diorang akan reply. Sebab
mula-mula kita email, then terus beli kat Agoda jer.. =)

17 September 2015

Makan makan di Cameron Highlands #miezafarridjalan2

Haiii!!!
Lamanya tinggalkan blog kesayangan ini. Serius sampai password pon kena masuk dua kali.. Kadang kadang rasa nak delete blog tapi sayang tapi kesian pulak tak terupdate kan..banyak pulak tapinya.. serba salah rasa hidup ini.. hahaha

Dah lama tak update, tetibe terus cerita pasal makan.. hahaha 

3 September 2015 sehingga 5 Septermber 2015, kitorang plan bercuti  sempena anniversary lah kononnya... sebab plan last minit, Cameron Highland tempat yang terpilih. Lagipun dah bertahun tak pergi Cameron Highlands ni.

Sebelum kita cerita pasal episod jalan-jalan, kita mula kan dengan episod makan makan.. hehe
Kitorang kalau berjalan, tak sah lah kalau tak cuba makanan baru kan. Mesti nak cuba punya.. hehe
Kalau di Cameron Highlands ni tak de lah banyak sangat makanan yang kita nak try, lebih kepada strawberry. Nasib baik masing masing suka makan strawberry, tak ada lah muak sangat makan strawberry tu.

 

Scone Strawberry & Juice Strawberry
  
Dua dua ni kitorang makan kat Big Red Strawberry . Mieza pilih hot chocolate strawberry.

    
Kalau ikutkan banyak lagi makanan kat sini, kalau nak makan semua memang kenyang sangat2 dan kalau ikut nafsu memang nak try semua, sunday, milkshake, aiskrim.

 
kat belakang tu semua menu yang ada kat Big Red Strawberry 

Steamboat -  Steamboat Snack Corner
  
seorang RM25
dan sangat banyak. Kami pilih sup tomyam
 

 
steamboat punya sambal
 
Aiskrim Strawberry – Taman Agro Al-Mashoor
  
Yang ini sedap sangat sangat. Mula mula ingat nak kongsi , so beli lah satu je. Sekali sedap, tak jadi kongsi, beli sorang satu.. haha
Satu RM2.50
 
Yang ini kitorang makan kat taman agro itu sendiri, lepas tu ke Mardi, Mardi pon ada Aiskrim Al-Mashoor ni.. So, korang kalau nak makan aiskrim kat Mardi boleh, kat Taman Agro Al-Mashoor pon boleh, sama je dua dua.
Coklat Strawberry
Padahal boleh je buat sendirikan tapi saje nak feel makan kat Cameron.. hehe

Bebola ubi manis
sumber: google

Ini paling sedap , rugi beli sikit je tau. Beli sikit sebab sekadar nak rasa jer. Sekali sedap, tak sempat makan kat bilik, sambil berjalan dah habis. Beli kat pasar malam.
 
Kimcan goreng
  
Sebab kita kan di Cameron, kebanyakan goreng tepung dia adalah berasaskan sayur, sebagai contoh kimcan ni, sedap jugak. Beli kt pasar malam.
 
Jagung Mutiara Bakar
Sedap sebab jagung tu manis. Tiada gambar.. hehe

Ini sahaja yang kami makan di Cameron Highland, makanan lain macam biasa tak de yang pelik.. hehehe

 
Oh ye.. ini kitorang makan kat Boh Plantation. Mieza minum teh o strawberry. Minum petang sambil tengok keindahan ladang teh. Boh ni cantik tau. Nanti kita cerita kemudian.

Bye!!