30 October 2014

Ke Johor Lah Kite #triptosouth

Walaupun negeri johor ni jiran sebelah melaka, tapi setakat pergi Tangkak, Muar tu je lah..
Sekarang, marilah kita ke johor bahru, mama dengan ayah orang muar, so kitorang memang panggil Johor Bahru tu as 'Johor' sahaja without Bharu.. Kalau cakap nak g johor, memang memasing paham nak g johor bharu lah tu. Tapi kalau rasa nak macam org town sikit, cakap nak g JB.. ahhaa~

Pergi Johor ni pun bukan sesaje nak pergi sebenarnya tapi ikut family day ofis. Nak masuk legoland, kalau nak pergi sendiri legoland ni, ntah bila lah nak pergi kan.. dah alang alang free, mari lah kita pergi.. walaupun ramai yang kata, ada budak budak lagi best. walaupun kami tak ada budak budak tapi kami boleh jadi budak... hahaha

Bas ada disediakan tapi kitorang pilih untuk bawa kereta sendiri lah, senang kita nak ke sana sini kan kalau ada kenderaan sendiri,, tapi naik bas pon best jugak.. rasa macam rombongan cik kiah.. hihi Hari jumaat, kitorang gerak awal sama macam bas, dalam pukul 10 pagi macam tu lah.. 

Sampai Johor 17 Oktober 2014, checkin hotel

Malam - Dinner malam kewangan
Cerita dinner, kita cerita entry lain.

Lepas dinner, kitorang jalan kaki sampai ke Bazar Karat, tak jauh mana pun tapi sebelum nak sampai bazar karat tu, kitorang kena tempuh bazar deepavali, kebetulan pulak kitorang family day lagi beberapa hari nak deepavali, jalan memang jem gilos kat area tu.

Bazar karat lebih kurang macam uptown, tapi dah kita kat johor kan.. wajib lah ukur jalan bazar karat.
ok, sambung part lain k. part seharian kat legoland.


21 October 2014

Projek DIY versi II -cover toaster-

Siap ada versi, haha
Lama lama tengok toaster ni tak bertutup, takut pulak kang masuk cicak ke hape kan.. dah lar kita guna nanti main masuk jer roti tu, rasa macam kotor..

Kami suami isteri pon mencari cari lah cover toaster ni daripada daiso, mr.diy, kaison, even mydin pon kitorang pergi tak de yang memikat hati.. haha kebanyakan cover toaster semua corak bunga bunga ala vintage tu.. saya tak minat, saya lebih suka corak yang bulat bulat, segi segi macam happening..

Memula nak pakai kotak tisu, tapi tak muat pulak, terjumpa pula kotak biskut, ngam ngam pula bila letak atas toaster tu, dah terus wrap, saya siap nak buat tempat pemegang kat atas kotak tu tapi macam, eh tak payah lar sebab boleh je nak angkat.

Bersih sikit, tak lah risau habuk masuk sebab toaster ni bukan kita guna hari hari pon, lagi satu bukan kita basuh pon before guna kan.. so ini adalah pilihan terbaik.. haha

Makan Makan Di Casa Lagenda, Melaka


Restoran ni terletak di Taman Lagenda yang bersebelahan dengan AEON Melaka yang dekat Peringgit . Kedai ni terletak di belakang RHB. Tak banyak lagi kedai yang buka kat area situ.. So jgn pelik sangat bila sampai nanti mcm lengang.. sebab kitorang pelik masa memula sampai.. hahaha 

Kalau yang tertaanya tanya kitorang ni makan kat restoran mana, kitorang try chinese food, ini kedai muslim chinese food.. ini pon dah laammaaaaaa masuk dalam checklist, sejak anak dara lagi.. haha sejak kerja kat cyber lagi.. sekarang lah baru dapat merasa.

Tapi pernah jer makan chinese food kat rumah kak atiey,. hehe sedap mak mertua dia masak =) teringat teingat lagi... haha

mieza makan yee mee berkuah tak ingat nama.. hahaha 
tapi yang ini ingat, ayam masak Kam Heong, pon sedap..
mamat ni lagi laaahhhh, makan nasi goreng kampung je.. haha kat kedai lain pon ado.. sebenarnya dia nak makan nasi ayam hainan tp tak de, tu sentap agaknya order jer nasi goreng kampung.
 ni kedai baru, masa kitorang datang, kedai ni baru jer dirasmikan 2 3 hari yang lepas.. tu yang tak ramai orang tu =) harga pon berpatutan lah.

20 October 2014

Makan Makan di EE JI BAN Chicken Rice Ball


 
Special kat sini nasi ayam beserta dengan nasi yang dikepalkan sampai menjadi ball.

 Dah lama sangat restoran ni masuk checklist, tapi tak pernah pon nak menjejak kan kaki, Mungkin sebab restoran ni terletak di Melaka, so kita sebagai orang melaka macam 'nanti nanti lah kita pergi' lagipon kami suami isteri sekarang ni, makan dulu kat rumah, baru lah keluar berjalan, tu yang tak singgah kedai kedai makan ni.

 Ada riceball, rice biasa pon ada, kita boleh pilih, kalau rasa nak makan ball pilih rice ball, harga rice ball ni ikut sebiji brp sen tau, sori~ mieza dah lupa berapa sen sebijik. saje gegedik amik rice ball, nasi biasa pon amik jugak, takut tak kenyang.. =P

Kami order nasi ayam dan tambahan sambal udang, tak tahu lah kenapa dan mengapa kami order udang tu. Price sambal udang tak silap RM14++ kalau tak silaplah. entry ni pon dah berjeman terperap.. #nangistepipintu

ini makanan yang kami order, teringin nak makan sini sebab dah pernah masuk jalan jalan cari makan,, hahaha boleh? Memula ingat nak order ayam setengah ekor, sekali waiter tu kata suku ekor pon dah ccukup untuk 3 orang? what?? kitorang berdua je takkan lah nak amik half kan. so decide amik quater, lepas tu bole berangan kalau quater tu tak cukup nak order lagi quater...

Last last, tak sempat tambah order ayam quater, masing masing dah bersandar, hahahaha nampak tak tamak kat situ.. hahaha mungkin masa ni kami suami isteri tengah lapar tahap max.. hihi

Sesiapa yang nak try nasi ayam kat sini, mieza mmg rekomen sangat sangat. Kedai kat area Melaka Raya, sederet dengan shoplot yang bukan deret maybank, tapi line belakang maybank.. haaa~~ aku pon pening nak explain. haha
Harap korang jumpa =P