Lagi 4bulan 5 hari nak bergelar isteri orang, rasa lain sangat title tu...
Update terkini,
Photographer, lepas jer tunang tahun lepas dah booking, siap bagi deposit dah sebab kalau book tahun ni, harga mungkin dah berubah. Hati dah berkenan dengan portfolio dia sesuai pulak dengan bajet kitorang, on je lah.. tick satu job wedding preparation. Mengikut pakej tu ada pre wedding sekali, sekali aku dapat pre wedding punya promo dengan photographer lain, dah buat dah pon.. mungkin yang pakej tu tukar post wedding =)
MUA, dah booking jugak bulan februari hari tu, memang saja cari awal-awal senang nanti, bila dah setel benda benda besar ni. Tinggal nak fitting, cari design pelamin, test mekap.. risau jugak bila sampai waktu nya nanti, tak seperti yang kita gambar kan... nanges!
Kad kahwin, belum order lagi tapi dah jumpa vendor minggu lepas and minta quotation, minggu ni mungkin nak pergi order terus, sebab Farrid dah berkenan dengan kad kahwin tue. Tinggal bunting belum nak print lagi sebab tengah tunggu gambar pre wedding, baru boleh design and print.
DIY Project, semua in process, tak ada apa pon yang dah siap, goodie bag untuk khalayak ramai, masih dalam proses, target minggu ni nak siapkan tampal riben pada doily paper, then bawak balik rumah melaka, simpan sana baik-baik.. hehe goodie bag untuk orang sebelah, saudara mara dan kawan-kawan baru nak beli minggu ni. DIY jugak lah.... goodie bag untuk kanak kanak pon in proses, itu kalau balik Melaka, baru lah buat, target buat seribu, tapi baru buat 300++
Bilik Pengantin, baru beli cadar pengantin, beli kat parkson jer, hari tu kebetulan ada jualan gudang, beli je lah.
Barang Hantaran, Farrid punya barang almost done, tinggal barang aku jer yang belum done lagi...
Tok kadi, khemah, makanan mama dengan ayah tolong setelkan.
Baju nikah, aku dengan Farrid baru tempah minggu lepas, aku punya tailor dah tak amik tempahan, lepas tu try cari kat Bunga Raya dan berharap boleh lar amik tempahan baju aku,, Alhamdulillah, ada jugak yang nak ambil lagi, maklumlah orang dah sibuk nak tempah baju raya kan... aku pon baru terhegeh hegeh nak tempah baju, konon nak tunggu kurus, tapi tak kurus kurus lagi pon.. hehehe
Setakat ini, baru yang ini yang setel.