28 March 2012

wordless wednesday

Published with Blogger-droid v2.0.4

27 March 2012

kurang seribu

elok pulak kena kat jari manis..kurang seribu....huk huk


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kisah Cousin

kisah cousin…
dah tiba masanya generasi kami bergilir-gilir mendirikan rumah tangga…
yang terawal sikit daripada generasi ni walaupun sama umur, anda kategori lain tau my cuzzy….hehehehe =P

bermula daripada :



12/11/11 – iki bertunang
*tak ada gambar kat fb


20/11/11 – aku bertunang


27/11/11 – abg wan kahwin


07/01/12 – merry kahwin

10/03/12 – linda kahwin

17/03/12 – wanie bertunang

Oh! Cousin kecik-kecik, semua dah dewasa, sekejap jer…
semua gambar adalah ihsan daripada facebook cousin dan adik beradik #dasar pemalas nak transfer gambar daripada camera sendiri,,,hikhik

 

26 March 2012

FaRRid MieZa Part 11

Bersambung


Tersenyum aku tidur malam tue, seolah olah baru mendapat duit sedebuk jatuh dari langit.. #ok, over…
Tit tit * bunyi sms di pagi hari
Aku membuka sms dengan penuh kemalasan membuka mata…ngantuk lagi…..huwaarghhh…..sambil mengeliat….


“Farrid?” kata hati kecilku
“Selamat pagi sayang”

 
Tatkala aku membaca sms tersebut semacam jer,,,macam di awangan…. Mengikut perancangan sebenar, aku keluar bersama mama tapi tak jadi pulak… Laju aku mencapai telefon, sms si buah hati incik farrid… dengan harapan dapatlah keluar dating buat pertama kali setelah bergelar girlfriend..

“awak, saya tak jadi keluar dengan mama”
“ye ke? Kalau macam tu, kita keluar lah, nak?”
“nak”
“ok, kita jumpa kat tempat biasa, awak pakai baju yang saya bagi kat awak tue k”
“ok”

Aku menamatkan sms dengan senyum yang melebar tak henti-henti… senyum lagi…. Lebih kurang macam tu lah dialog nya…

Dalam perjalanan nak ke Dataran Pahlawan, Melaka berdebar-debar je perasaan aku….farrid ada rasa macam ni tak, hurm~ Mencari parking yang tidak ada kekosongan buat aku rasa hilang debar sebab dah fedap dengan keadaan tak ada parking, Alhamdulillah dapat jugak parking lepas berkali kali aku pusing..

Perasaan nervous dating lagi, tak keruan aku bila keluar daripada kereta… Tak sabar nak jumpa sampai terlupa dah kunci kereta ke belum…

“awak, saya dah sampai kat tempat biasa, tapi nak g kat kereta jap, terlupa kereta dah kunci ke belum”

Sms tidak dibalas samada ok ataupon tidak.
Takpe, aku terus ke kereta dan fuh! Nasib baik dah kunci… nervous buat aku jadi tak keruan je tau.
Aku ke tempat biasa kami berjumpa di Toilet Cantik…

“eh, tu dia, kenapa aku yang nampak dia dulu? Malu lah nak tegur dulu, dah lar pakai baju sama” kata hati kecilku

Aku cuma jalan seiringan dengan Farrid dengan menyapa hanya sepatah perkataan “hai”
Malu nak bertentang mata…. Tapi mahu… aww~

Kami berjalan seiringan tanpa sepatah kata yang keluar daripada mulut masing-masing, masing-masing senyap membisu seolah-olah ada emas dalam mulut. Kami masih lagi jalan seiringan menuju ke cinema, tapi kadang-kadang farrid hilang di lautan manusia dan aku tercari-cari dia di belakang.. dan dia tersenyum ke arahku…

Dengan perlahan-lahan, tangan aku dipegang olehnya… bertambah tambah tambah laju jantung aku berdegup.. malu nak toleh ke arah muka dia tapi dengan kekuatan yang ada padaku, aku toleh tapi dia buat biasa jer… Aku membalas genggaman tangan si dia, terasa selamat berada di samping dia…

Pernah aku tanya kenapa pegang tangan aku waktu mula-mula keluar dating?
Jawapan nya rasa bahagia dan rasa semangat je nak jalan…

Ok sambung…….


Gambar pertama kami bersama.. agak kabur…. Baju purple belang-belang, siap pakai kasut…

Ingat lagi masa nie, makan McDonald siap dapat percuma cawan coke warna pink…malas nak bawa cawan tu jalan-jalan, singgah motor farrid, letak dalam box moto dia… Bila nak balik, dia teman aku sampai ke kereta, tapi tak puas rasanya jumpa…sekejap sangat…..

Sampai kat kereta, aku ada pelawa dia naik kereta aku dan aku hantarkan ke moto dia, tapi dia tolak dengan baik… Aku tak puas lagi berjumpa, bersembang, bergelak tawa dengan nya tapi kami terpaksa berpisah untuk seketika...

Bersambung…..

Weekend yang lepas

Berhujung minggu di rumah tanpa keluar kemana-mana memang sangat ajaib bagi aku…hehehehe
Aku pon tak percaya, aku berjaya duduk dirumah sewa (putrajaya) selama 2 hari berturut-turut
Aku duduk rumah just menyiapkan DIY wedding aku…buat keje pasal wedding memang tak bosan kan…
Semangat nya nak kahwin #gatal
Sabtu
Bangun awal, pergi jogging secara berjalan kaki ke Taman Saujana Hijau, aku pergi dengan hana & zana, jauh nya jalan kaki dari rumah #menyesal ceeekkk….
Sampai sana ingat nak jogging round 2x, rupanya besar sungguh Taman Saujana Hijau nie…tak habis pusing pon dah penat, tapi permandangan kat sana memang cantik, no wonder ramai yang buat photoshoot kat sana…
Balik rumah dalam pukul10, kemas-kemas rumah, basuh kain, lipat kain, kemas bilik… tup tup dah lapar, terus masak spegeti #makanan paling cepat dan pantas.
Seharian aku dirumah kebosanan dan meng’DIY’kan diri buat goodie bag…..
Ahad
Angan-angan nak pergi jogging kat bulatan pulak, tapi pukul8 mata aku baru nak terkebil-kebil, tak jadi jogging, nak sambung tidur pon dah tak boleh…kalau time weekdays payah pulak mata ni nak bangun..haishhh~~
Sambung buat goodie bag sampai siap.. makan bubur + ikan bilis goreng… #bujang, padahal sakit gusi…
Itu sahaja kisah aku weekend di rumah sewa… ada je pameran pengantin  kat PICC nun…tapi tak ada partner nak pergi… #sedih…

15 March 2012

Annual Dinner Office

Aku jarang cerita tentang aktiviti office kan?

rasanya ini first time aku cerita aktiviti office, banyak sebenarnya tapi ini lah salah satu daripadanya
aku selang selikan stori dengan gambar k =)

kalau korang perasan, aku dah upload dah gambar kat fb, cuma nak stori mori kat blog je belum lagi,
maklum lah broadband takde #motif suruh sponsor internet

 
kami buat dinner tak ada lah kat hotel 5 bintang pon, sekadar sewa vip room kat karaoke, itu pon dah cukup seronok bagi kami and fun doing it =P siapa yang tak suka nyanyi, hehe
Bertempat di NewBox, USJ19.

 
dinner kami bertema kan rock & hiphop, so sukahati korang lah nak berhiphop or ROCCKKKK!!!
dari segi makanan pon korang boleh makan sampai muntah, unlimited... tapi aku tak tahu kenapa malam tue, aku tak makan banyak...rugi lor...

King and Queen of the night

start dinner pukul 6 dan berakhir pada pukul 12malam, actually sampai 4pagi for those yang nak stay, tapi aku habis majlis pukul 12 lebih, terus balik,,, 



tapi balik tidaklah bersama tangan kosong, hehehe alah, semua orang tak balik dengan tangan kosong sebabnya kami memang ada exchange gift

a) frame - exchange gift
b) box purple - hadiah games
c) lampu tidur - cabutan bertuah

nak tenung gambar dengan lebih banyak, sila ke facebook aku =)


Sejauh mana kesihatan diri anda

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKIa) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADANa) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


hasil pakcik google, sharing is caring =)

Reunion CS224

Reunion CS224
dah alang-alang semua dah bekerja DAN alang-alang semua berada di area KL,
kitorang set 1 masa untuk berjimba bersama, oh dah lama tak dengar perkataan berjimba #terasa remaja

kitorang jumpa tak jauh pon, kat alamanda tu jerk, berjumpa sambil makan + gosiping
makan kat The Garden #romantik jer tempat dia

 
semua makanan dan minuman di sponsored by Maisarah... ehem ehem =P
ada 1k dalam wallet dia #kata yuyu

sambil reunion, sambut besday een dan kay
memang menjadi kebiasaan kami, bila birthday, beli kek hanya sepotong dua tapi makan secara berjemaah,
seronok bukan?

keje kami memang lah tangkap gambar dan terus tangkap gambar, maklum lah ada orang bawak camera besor, kite tukang senyum jerk =P sorry kay, nanti nak tangkap gambar lagi tau =)

untuk mengisi masa lapang yang terlampau lapang, kami menghadiahkan cik een kita kasut pengantin (bakal pengantin) *alah, mesti een menggedik kalau kita ckp dia bakal pengantin =P
dah nama pon perempuan, segalanya nak perfect, lama betul mencari kasut, nasib baik kedai kasut kat Alamanda tak banyak, dapat pulak kawan-kawan garang, lagi susah lar een nak jumpa kasut kahwin dia.. hahahahaaha

seronok lah jumpa korang... enjoy sangat!
nanti kita jumpa lagi tau, mungkin time een kahwin =)

13 March 2012

menang pendrive

Saya menang pendrive..hehehe (baca dgn gaya pakcik menang moto :-P)


saya dapat pendrive sebab jawab questionare jer..mewah kan?


Published with Blogger-droid v2.0.4